TuneList - Make your site Live

Monday, December 9, 2013

Shhhh, silence please T.T

Salam Alaykum dear bloggers.

Well today my entry might be sounds soo emotional but I hope you guys will bear with it. Sobss T.T

This semester is my last semester at here insyaAllah. And there is some problems with hemm well lets not say that here. And honestly I'm not so myself right now. But I do really hope it will solves completely soon. Pray for me ehh.

Eventhough I say that my wish is to be a matured lady when I'm at my 20 but lets say it did not happend according to my wish. Huhuuuuu.

I became hemm more emotional (sometimes *back up diri*) and well I don't want to list it here T.T

To be precise, I am not that easy to tell others about my problems, my feelings and the list goes on. Told 'ya before.

And my brother, yess my only big brother, eventhough I'm not soo 'kamceng' with him, but I told you he is one of my best listener. Yess it is.

Kadang-kadang apa yang aku tak berani nak slow talk atau pon ladies talk dengan akak-akak aku, aku akan citer dengan abang aku. Aku akan mintak pendapat dia. Aku akan luahkan apa yang terbuku dalam hati aku ni sampai aku lega *huwaaa rasa mcm tingkat 10 ni bakal 'banjir' malam ni*

Just now, I talked to him about my current problems at here, at this semester. And Alhamdulillah, maybe he is not so much older than me, so he understand my problem and give his opinion with a good talk.

And now, I did not say that I'm feeling very good you know, but well those super duper moody grumpy mood is gone I think. Yeyyy at least I will go to sleep with a smile at my face right? *wink wink*

To my brother, thanks abang. Thank you very much for being such a awesome brother for me. I pray the best for you too. Jazakallahu Khairan Khatira :')

Thursday, December 5, 2013

sejuknyaa T.T

Salam Alaykum dear bloggers,

Hee kita jumpa lagi (baca dengan ayat tora datang lagi :p)
Kayy kayy let be serious for a sec. ehemm.

Malam ni sejuk. Sejuk yang amat.
Dan bagi aku yang sekarang ni memang tak tahan sejuk, ini adalah satu dugaan. Sobs.
Nasib baik ada jaket diaa. Boleh tumpang pinjam tahan sejuk. Ehh btw awak, saya pinjam lagi ye jaket. Hee Tenkiu.

Sebenarnya sekarang ni memang rasa macam nak tulis banyak-banyak tapi ehem taktau nak tulis hape sebenarnya. Heheh. Tapi tak kira nak tulis jugak -_-

Malam ni punya sejuk seriously dah macam gaya duduk kat tempat sejuk beku.
Teringat dekat mangsa-mangsa banjir.
Teringat dekat mereka yang hidup dalam kedaifan.
Dan teringat dekat saudara seislam di negara bergolak semua.
Kesejukan itu mungkin dihadapi kalau lihat pada cuaca sekarang. Moga mereka tabah. Moga mereka kuat. Dan moga mereka yakin. Yakin pada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Melindungi. Moga ada juga yang baik hati menolong membekalkan sedikit haba. InsyaAllah we are not alone :')

and yess cuaca sejuk camni bagai beri hint suruh tidur awal sebab esok pagi kelas kat luar so tidur awal takde alasan malas nak bangun. HAHAHA. soo itu aje. kbai.

Wednesday, December 4, 2013

The awesome 20 y/o :)

Salam Alaykum dear bloggers.

Hehee. Sebab sekarang ni belom start belajar sepenuhnya, lecturer pon tak bape nak ade sangat, sama jugak macam kuliah, so boleh update entry banyak-banyak dalam satu hari. Well ini budak sangat poyo. Tengok aje laa, harini dia semangat nak taip banyak-banyak. Esok herm entah ke mana semangat tu melayang. Hohohooho.

Back to main topic. Ehehehemmm.

Alhamdulillah, I'm now 20th years old lady. Why lady? Herm herm, mollayoo (donno), maybe it's because I think that 20th number shows me some matured symbolic. Err I guess. Btw, last saturday is my birthday. Eventhough there is no birthday party, but it is okaay. I celebrated it with my own way. Walaupun jauh dari keluarga terchenta dan my dv8 girls, I don't feel foreveralone by myself because of my fam-friends (family-friends) here.

Guess how I celebrated my birthday? Herm well, lets my stories begin..

Let's skip the last friday part and lets begin it with the saturday morning. On that saturday morning, as usual, I am attending my 'bulatan gembira' (usrah) with my friends. This bulatan gembira is one of the usrah group I'm attending while I'm at Penang. Someone told me that there's never a stop for someone searching for a knowledge and there's never enough for us to stop doing any good-deeds in our life. Soo yess, eventhough pagi tu macam takbape sihat but I keep telling myself, syahirah, kuatkan hati, kuatkan diri, ini semua ujian dari Allah, nak tengok seikhlas dan seteguh manakah engkau dalam usaha mencari ilmu. And thats make me become stronger and I do come to that 'usrah'.

What are the topic that we're discussing in our 'bulatan gembira' in that morning?

Well fyi, it is divided to two parts which is part A : bedah lirik (what I do understand about it is dalam lagu-lagu yang kita dengar setiap hari, liril-lirik yang terdapat dalam lagu tu, banyak maksud yang tersirat dan tersurat. It depends on ourself nak paham lirik tu camna. Boleh jadi lirik tu hanya sekadar lirik biasa yang kadangkala kena dengan jiwa kita dan boleh jadi lirik itu boleh mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, etc.) and the part B is about radical discussion : Mahasiswa UiTM lemau. Sejauh mana kebenarannya.

 For this part, someone will start the discussion with briefing a lots with the topic given and after that anybody who wants to throw his opinion can begin to talk (herm what do I understand about this part is everyone is responsible for who they are. Kita takkan dapat mengubah nasib diri kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Dalam Quran ade menyatakan tentang itu. Herm okaay. In my opinion laa kan, if we as a student keeps telling ourself 'alasan' yang more kepada buat kita duduk diam takbuat apa-apa, yes it is our fault. Kalau kita kena bahan, haa padan muka laa kan. Sapa suruh duduk diam and lepastu if anything happends kita blame orang tu kan. Err okaay. Hermm. But if we have doing everything we could, Usaha-Doa-Tawakkal, and after that we're still in our 'bad' shapes, for me it's okaay. Yess memang pahit pedih perit. Yelaa dah usaha macam gaya apa dah. Last-last pi mai pi mai tang tu jugak, sapa yang tak down kan. Tapi wahai sahabat sayang, bersabarlaaa. Anda sedang diuji. Anda sangat beruntung kerana terpilih untuk berada dalam ujian ini. Kita diuji oleh Allah bermaksud kita masih disayangi oleh Allah, Allah peduli kat kita, Allah nak kita turns to Him whenever up or downs. Bukankan sangat beruntung itu. Setiap apa yang jadi mesti ada hikmahnyaa. Yakin pada takdir Allah. Yakin pada rukun iman yang keenam yee. And if someone cakap haa tuu laa hang, padan muka, aku dah cakap banyak dah kat hang haritu, hang ketegak(degil), takmau dengaq cakap. Laani haa padan mukaa. Well if someone says like that, habaq balik kat dia. 'Hang pasaipaa. Aku dah usaha, aku dah berdoa, aku dah tawakkal, aku yakin dengan takdir Allah. Mesti ada hikmah disebaliknya.Yang penting aku tak duduk diam aje. Haa kau hade?' hahaha. okaay itu off-script.) Herm seems like opinion aku untuk part yang ke-dua ni macam jauh dari apa yang dibincangkan. Bukan aku takmau share apa yang depa cakap time tu kat dalam ni, tapi bagi aku, aku err tak bape nak layak nak sembang pasai tu dalam ni. Ilmu tak cukup lagi.. *err pasaipa ntah tetiba anak selangor cakap utagha* hahahaha

And selepas abes aje kitorang punya bulatan gembira tuu, before we go back, sempat jugaklaa amek gambar sekeping dua buat kenangan kat TMD tuuu. Heee tetiba rasa bahagia sebab diberi peluang untuk hadir ke majlis-majlis ilmu camni. Walaupun aku rasa bulatan gembira kali ni lebih kepada sesi diskusi ilmu bersama beberapa sahabat dari luar dan dalam kampus. Sebab tu herm ade percampuran antara ikhwat dan akhowat. Tapi insyaAllah batas pergaulan masih dijaga dengan rapi.


Herm okaay kita sambung lagi. And err mintak bertahan jangan bosan laa ye dengan entry kali ni sebab saja nak tulis sekali harung. Edenn malas nak menaip banyak kali. Hahaaa.

Tengahari sabtu tuu, balik aje dari bulatan gembira, kami singgah kejap dekat events anjuran kampus kot?! ke anjuran astro gak?! sebab nampak macam ade logo astro yang ada kat padang tuu. Aigooo molla molla. I'm sorry, sebabkan baru minggu pertama, soo events kat kampus tak bape nak diambil tahu sangat. Ada banyak aktiviti menarik kot time tuu. Ada pameran kereta, paints balls, netballs and footballs or idk maybe futsals competition. Pastu kat dewan besar ade Majlis Anugerah Belia camtuu. Tapi pergi tengok kejap aje laa keseluruhan events tuu sebab nak cepat-cepat bersiap ke Jusco hee untuk makan-makan sikit, jalan-jalan ke hape untuk celebrated birthday time tuu.

Sampai kat Jusco, mula-mula terus carik foodcourt sebab lapar giler time tuu. Walaupun dalam hati terasa nak makan pizza hut gila-gilaa (hahaa I'm pizza lovers) tapi sebabkan fish and chips macam sedap untuk orang yang tak lunch lagi, soo kitorang makan aje laa kat situ. Abes makan, mula-mula decide nak tengok wayang camtu, time tu aim nak tengok citer Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, tapi citer tu takda laie kat cinema Jusco tuu. Soo time dorang serabut decide nak tengok wayang kaa atau nak buat hal laen, sempat gak laa aku pusing kedai komik and tunaikan solat Asar kejap.

Nak buat haru, tetiba rasa sayu lepas solat Asar tu. Sebabnya kaki kiri tetiba sakit berdenyut mencucuk padahal takde laa jatuh ke hape ke dalam minggu tuu. Pastu buat tambah sayu, orang-orang yang aku nak celebrated sama tak lengkap. If you know what I mean laa kan. Ramai yang takde. Soo rehat jap kat tepi bangku and called mimi, nanges-nanged manja ngadu kat dia. Haha lulz, padahal waktu malam before birthday tu dah niat takmau jadi cengeng, tengok-tengok memang jadi cengeng terus. Dah abes ngadu tuu contact kak Syifa banyak kali, tapi tak berangkat, naik kat tingkat atas langsung takda kelibat dorang. Haru sangat. Rasa macam kena tinggal kot. Hahaaa.

Last-last cik birthday girl ni buat drama, jalan sorang-sorang pusing satu Jusco, masuk kedai buku, kedai komik, kedai hadiah semua, memang drama abes kann. Pastu tengok kedai Baskin Robin (and yess I'm ice cream lovers too) tetiba teringat rumah (suddenly feeling homesick time ni) soo dengan takde perasaannya masuk BR beli my fav ice cream flavours then send msg kat kak Syifa : 'akak, saya balik dulu' HAHAHA sangat drama kayy masa ni. 

Konon aje nak balik time tu, tapi sebenarnya time tu dengan rasa sayu pegi masuk Secret Recipe carik cakes nak makan sorang-sorang. Time tu memang seriously rindu mak abah semua gilos-gilos *lap air mata* Disebabkan takjadi beli (my fav cakes flavour tinggal satu, takkan nak beli satu and balik bilik makan depan roommates tanpa ajak dorang makan kann, itu memang sangat tak sopan) soo I decided to go back laa kan. Otw nak balik tu terserempak dengan dorang. Hahaa drama tak menjadi sebab kene tarik awal-awal masuk KFC makan dengan dorang semua. 

I thought that I wouldn't be remembered by others, yelaa sapaa la kita ni kan. But they secretly bought something for me for my birthday. Okaay ini memang sangat terharu. Sobsob T.T time tuu rasa speechless, so memang takde keluar air mata ke hape, tapi it was really a nice memories for me. Thank you for those yang terlibat. Hehehe. 

berbanyak-banyak terima kasih buat Kak Syifa, Awa, Piqaa, Mirul, Syiha, Syakir, Iqbal, etc. There are soo many people that I want to show my appreciation because of their kindness :')

this is their gifts. ladies and gents, it is a pleasure for you to meets my shiro and mat. hehee. 
yang belah kanan tu adalah shiro the bunny superman and the other one is mat the minions.
shiro is a gift that I get on my birthday while mat is a gift that I get last semester from my two beloved juniors. tq tq tq tq tq ;)


'Orang kata, sahabat yang terbaik bukan sahaja sahabat dikala waktu susah dan senang, up and down, tapi sahabat yang terbaik adalah sahabat yang sanggup menegurmu sewaktu kamu melakukan kesalahan walaupun dia tahu tegurannya mampu menganggu-gugat persahabatan kalian. They're my sahabat, ukhuwah fillah abadan abada. Thanks Allah for giving me a chances to live a life with all those wonderful peeps' ;) ;) ;)

Say Hello to 20!!!

Salam Alaykum dear bloggers,

Ehehehehem. Well today's entry is about my birthday on last saturday. Say whatttt?

Oh yess, I'm now a 20 years old lady. Ohlalala terasa tua yang muda tetiba. Hhahaha.

Well well, I'll share about my full stories in the next entry. But for this entry, I just want to share to everybody how much lucky I'm feeling right now. I didn't meant to show off to everyone. I just want to take your times for a minutes or something and share about what I do feel right now.

Herm. I'm not a type of person yang senang nak luahkan apa yang ada dalam hati dan apa yang bermain dalam pikiran. Ecehhhh. But I'm trying hard to show my feeling everyday and every moments : we don't know what and when will death comes to us right? Soo sementara masih ada kesempatan ni, yess we should show our appreciation to all people arounds us ;)

This is what I post in my facebook timelines. I'm not much talkable person and I do always show my feeling with my writing or something. Hehehe. Hope that my message here and there sampai ke pengetahuan mereka-mereka yang baik hati yang berada dalam kehidupanku ini ;)

'Alhamdulillah, syukur pada Allah untuk penambahan umur yang dikurniakan. Terima kasih mak dan terima kasih abah untuk segala kasih sayang indah yang telah diberikan. My beloved family and my awesome friends is the best ever present that I ever have for my birthday. Thank you Allah for giving me soo many chances to appreciate all those wonderful things that happends in my life. I'm soo grateful for that. Dan untuk mereka yang begitu baik hati menyambut, mendoakan dan memberi hadiah kepada err diri ini, ehehem, terima kasih sahabat untuk itu. kekeke  May Allah bless and may Allah ease us for everything, insyaAllah. Jazakallahu Khairan Khatira ♥♡♥♡'


Happy Birthday to meee. 
Happy Birthday to meeee. 
Happy Birthday to Nur Syahirahhhh. 
Happy Birthday to meeeeeee :D

'Untuk Mak Abah, terima kasih untuk segalanya. Orang sangat bersyukur kerana berpeluang untuk hidup di dunia ini dengan belaian dan kasih sayang kalian. Alhamdulillah, mak abah memang berikan yang terbaik dalam mendidik orang, and I'm soo grateful for that'

'Untuk Kaknor, KakIlah, Abang, Adik, terima kasih untuk segala kasih dan perhatian yang diberikan. Walaupun orang kadang-kadang memberontak, tak tunjuk my real feeling toward you guys, like seriously, orang terasa sangat bertuah kerana mempunyai kakak-kakak, abang dan adik perempuan yang penyayang seperti kalian. I'm soo happy for that'

'Buat dv'8 PPG, thanks korang untuk persahabatan yang dipanjangn usianya. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab dapat sahabat yang baik seperti korang. Dah macam adik-beradik pulak rasanya. HAHAA. Semoga persahabatan antara kita kekal selamanya, insyaAllah'

'Buat Zahid dan Aqilah, thanks bro and babe for being such a lovely and awesome cousins. Disebabkan kita lahir pada tahun yang sama dan terlalu banyak persamaan diantara kita bertiga, lalu kita semua jadi kamceng dan gila-gila. Hahah. I want you to know cousins that ILY both soo much. I pray for our happiness'

'Buat rakan IKRAMIES, seriously aku sangat-sangat berterima kasih atas segala kasih sayang dan kuatnya ikatan ukhuwah antara kita semua. Mengenali korang, aku belajar bagaimana untuk mencari diri sendiri, macam mana untuk menghargai mereka yang disekeliling, dan banyak lagi laa. I know that one thing for sure, salah satu yang akan paling dirindui setelah grad daripada UiTM Penang ialah my beloved ikramies families :')'

'For my debating clubmates, terima kasih untuk segala tunjuk ajar dan pelbagai ilmu yang telah dikongsi oleh kalian. Debat adalah one of my passion when I went to a University. Tapi herm minat aku tak sedalam minat korang, that's why aku terpaksa tinggalkan korang terlebih awal. Aku banyak belajar perkara baru dengan korang, persahabatan baru, macam-macam lagi laa. Terima kasih untuk segala memori indah yang aku lalui bersama kalian'

'Buat sang 'guardian angel', ehehem. Terima Kasih untuk segalanya. Sepanjang saya kenal awak, banyak yang saya pelajari. Terlalu banyak. Semoga kita mendapat yang terbaik yang dikurniakan Allah kepada kita. All the best untuk awak. Well takkan saya nak ucap lebih-lebih kat sini pulak kan. Jadi laen pulak nanti. Hhahaa :p'

Dan terakhir kalinya, buat sahabat-sahabat yang pernah mengenali diri ini, baik dari zaman tadika, zaman sekolah rendah, zaman sekolah agama, zaman sekolah menengah, zaman sekolah teknik dan juga zaman University, berjumpa dan bersahabat dengan kalian juga merupakan antara memori indah yang tercatat dalam hikayat hidup ini. Dalam setiap makhluk yang kita jumpa, mesti ada kebaikan yang kita perolehi darinya kann? Terima Kasih untuk itu'

'Oh yesss sebelum terlupa, buat keluarga besar (rantaian saudara mara) yang tercinta, I'm also grateful for having you guys in my lifes. Kata orang, keluarga itu insyaAllah camna pon jadi takkan terputus pertaliannya, sebab darah daging kan, keturunan sendiri. Maka, semoga ikatan kekeluargaan antara kita jugak tidak akan terputus, insyaAllah dunya wal akhirah'

Well sebenarnya dah terasa macam aku buat speech untuk majlis penyampaian anugerah sahaja. Hahaha. Tapi like seriously itulah yang aku rasa dan itulah yang aku cuba sampaikan hari demi hari. Told 'ya I'm not that good in expressing my feelings. Sebagai pengakhiran, I pray to Allah for their happiness. Yes, having them in my life is the best ever present that I have for my birthday. Terima Kasih Allah, Terima Kasih Allah, Terima Kasih Allah :')


Monday, December 2, 2013

Hello hello Girlss

Salam Alaykum dear bloggers,

Seperti yang dijanjikan, it's the time for a new entry. Yeyyyyy. Kali ni nak bercerita tentang iftar haritu. Wawawaaa. Puasa tahun ni memang banyak buat jalan-jalan carik makan. Laghaaa banyak. Tsk tskk. Tahun ni ade buat iftar dengan ex-classmates dari tekPD, ikramies, members sehati sejiwa dari kecik and dengan debate team members.

Kalau diikutkan memang terasa makan banyak sangat kot. Huhuuuu. Makan banyak, jalan banyak, main banyak. Ibadah, buat banyak tak? *dumm bunyi guruh*

I do think I'll miss all that moments. Yelaa, tahun ni last puasa dekat penang kan. Sebab lepasni dah takde more reason untuk stay sini. Degree nanti pon sambung pasal benda laen. *Sebak disitu* Puasa tahun ni walaupun tak semeriah puasa tahun lepas, tapi I do know that, puasa tahun ni still banyak kasi moments terindah untuk disimpan sebagai kenangan.

Orang cakap, kira kene berusaha untuk bukak hati terima perpisahan kalau kita inginkan bahagianyaa ukhuwah persahabatan. And I know that, tak selamanya dorang disisi. Selagi mereka masih bersama kita, apa salahnya hargai kan? *lap air mata*

Okaay enough with the drama part. Hahaaa. You know that I'm not that good dalam bercerita kan. Sooooo, tengok kat gambo jelaa ehh korang. Hihii. Nanti next entry I'll put lots of pictures untuk ditengok. Heee semenjak dua menjak dah masuk last semester ni, tangan jadi kaku nak berbahasa puitis. Cehhh *poyo dengan diri sendiri*


budak machine air

Salam Alaykum dear bloggers,

heee ini cerita petang tadi.

ade seorang budak perempuan nih.
dia nak bersihkan machine air kat kioks yang dia jaga.
tapi masalah disini dia takreti nak bukak machine air tuu.
sebab machine air tu pelik sikit dari machine air yang biasa dibukak.
and bila machine air tu dapat dibukak.
terus budak perempuan tu buat muka takde perasaan and terus pegi bersihkan tempat machine tu.
bila sampai aje masa nak pasang balik bekas machine air ni.
budak perempuan tu pon pening-pening lalat.
camna nak pasang nih. try and error jelaa kan.
dia pon tibai laa ikut suka hati dia aje pasang balik bekas tu.
abes aje pasang, dengan kagumnya dia cakap dalam hati.
'yessss, I'm an engineer!!' kekeke

Friday, November 15, 2013

ohh yesss, this is exactly for you ;)

Salam Alaykum guys~

How is it your day? Hopefully today is also a very nice day to you too. Harini Alhamdulillah, tetiba dapat ilham, nak share dengan korang one awesome video. This video is an encouraging video from miss shazreen fazlynda, a vlogger yang awesome macam matluthfi, inianwarhadi, and the list goes on. Someone told me this, sometimes, kita perlu rasa bagaimana pahitnya cinta agar nanti waktu kita diizinkan Allah untuk merasakan apa itu cinta, kita tidak akan leka dipermainkan oleh cinta itu sendiri. Dalam kan ayat tu ;)



untuk adik-adik yang rasa there's no tomorrow bila kene dump dengan jejaka buaya,
let me tell you, untuk apa dikejar cinta yang kita taktau kekal sampai bila,
sedangkan kita tahu cinta Ilahi itu kekal selamanya.
apabila kita benar-benar cintakan Allah yang Maha Esa, 
kita turut perintah Allah, kita tinggalkan laranganNya, 
dan kita utamakan cita dari cinta,
insyaAllah kita akan dipertemukan dengan sang jodoh yang turut cintakan penciptanya,
bukan sang buaya yang leka menjual cinta pada siapa-siapa.

and yes, buat jejaka sedang membaca,
kalau anda bukannya lelaki buaya yang gemar mempermaikan cinta wanita,
maka syabas diucapkan,
you're such a good man.

a good man is for a good woman,
and vise versa.


Tuesday, October 22, 2013

2 minggu pertama cuti semester

Salam Alaykum dear bloggers, 

dah nak masuk dua minggu cuti semester bermula, and I'm finally at homeeee. hahaa. well, balik aje dari Penang 12th Oct haritu terus pegi dinner dengan the whole family. pheww~ seriously dapat lepas rindu kat dorang. dapat lepas rindu kat rumah :')

aktiviti sepanjang cuti semester ni? hmmph takdelaa banyak sangat. I mean aku takde laa keje ke hape ke. just duduk rumah praktis jadi surirumah yang berjaya. hahaha. berjaya laa sangat kann~ =='

pape pon, well disebabkan minat yang mendalam dalam bidang bakery, so for this semester leave, mak suruh praktis banyak-banyak buat kek etc, tapi mak kata before nak buat kek-kek yang bermacam jenis tu, basic kene laa kuatkan dulu. kalau tak, tak menjadi kek tuu. 

and actually aku nak menaip banyak-banyak time cuti ni. masalahnya dengan tetiba idea menghilang, ilham menyorok dan mood mempengaruhi. pheww lagi~ esok aku harap dapat bangun dan kembali menaip dengan banyaknyaa. banyak kot yang aku nak share dengan korang. macam sesetengah blogger jugak, aku menulis hikayat hidup aku dengan harapan, satu masa nanti boleh dijadikan bahan bukti dan kenangan yang aku pernah dan banyak mengharungi pelbagai situasi pahit manis kehidupan ;) dan aku mengharap tulisan aku takkan disalah ertikan oleh mana-mana pihak. ecehhh. if you know what I mean laa kan~ 

sekian untuk malam ni ^^

p/s: adik dok membahan aku buat gaya satu watak yang penah keluar kat tv and dlm citer tu dia yang selalu update keek etc pastu upload kat blog dengan dialog 'haa kakak mesti tulis camni kan kat blog, hi keekers, harini I buat macam ni camni, blablabla yadeyy yadeyy yadeyy'. hahaa adik, why are you soo sarcastic nowadays haa. your sister is not like that kayy, insyaAllah ;)

Thursday, October 10, 2013

Hari-hari terakhir semester 5 (part 1)

Assalamualaikum dear bloggers,

dah berkurun tak update pape dlm blog ni since last entry. And now aku sedang melalui hari-hari terakhir sebagai seorang pelajar semester 5 *hoyeahh* hahaa.. btw, semester kali ni memang banyak sangat dugaan yang mencabar dan rintangan yang boleh buat aku rasa nak give up abeskan final year kat UiTM ni. tapi berkat doa dan sokongan daripada keluarga dan sahabat yang tercinta, Alhamdulillah, aku berjaya jugak abeskan semester 5 aku ni dengan gembiranya.

sebenarnya sekarang ni tengah terketar tangan nak menaip ayat-ayat yang bermain di minda. dan kepala pon seakan tanak berkerjasama mengeluarkan bait-bait kata indah yang boleh dicoretkan kat blog ni. dari jumaat lepas sebenarnya batuk teruk, dan semuanya bermula dari sakit tekak biasa seterusnya hilang suara, demam, selesema dan last stage, batuk teruk. maybe sebab tengah busy dengan final, so kesihatan agak tak terjaga. dan maybe jugak banyak sangat yang dipikir, membuatkan kepala otak yang sepatutnya berehat pada malam hari menjadi sibuk sesibuknyaa.

pagi satgi ada lagi satu paper final examination. paper terakhir untuk dijawab pada semester ni. harap-harap dipermudahkan Allah untuk menjawab paper tersebut dengan jayanya di sebalik kesakitan yang menyerang diri. takdir untuk diri, dari malam tadi sebenarnya rasa sesak nafas, takleh tido, then pagi tadi pon paksa diri untuk tido, bangun aje and siap2 untuk zohor, terus rasa sesak nafas teruk, batuk non-stop. bergegas pegi unit kesihatan kampus and jumpa doc.

sebab dah lama tak kene lelah, so bila sekali dah kene, tu yang teruk tu. sebab dah lama gak laa setahun dua camtu tak kene lelah. so tadi doc kasi sedut gas yang untuk orang kene asma tu. then lepastu doc suruh rehat sbb doc cakap bila dah lama tak sedut gas asma atau makan ubat asma, side effect dia tinggi sikit. contoh terdekat, the whole body menggigil terketar-ketar macam orang kesejukan yang amat walaupun tak sejuk mana pon.

mak suruh rehat banyak-banyak. jangan difikirkan sangat penyakit ni. tapi kan mak, anak mak yang sorang ni kann memang keje dia dok memikir aje. even sakit2 pon still nak pikir. so camna nak rest sepenuhnyaaa. hahaha. btw, harap pagi nanti keadaan kurang sikit. and harap boleh jawab. itu aje yang mampu nak ditulis takat ni. next entry nanti denn update pasal betul2 punya hari-hari terakhir semester 5 yaa ;)

Monday, September 2, 2013

pesanan untuk sang 'guardian angel'ku~


pabila kita lihat mendungnya langit, 
puas kita mencari kemana hilangnya mentari.

begitu jugak pabila kita lihat teriknya mentari,
kita tercari-cari kemana menyoroknya sang rembulan dan hujan.

buat sang 'guardian angel' ku,
bukak mata pasang telinga tabahkan hati.

dulu~ aku yakin, walaupun aku jalan berseorangan,
tapi aku tetap tidak keseorangan, 
sebab masih ada orang yang sudi menjadi 'telinga'ku,
pengganti keluarga sementara disisi,
sementara aku merantau jauh...

dulu~ walau berat macam mana pon masalahku,
aku tidak terasa serabut dan beban,
sebab aku tau, disebalik kedukaan aku,
ada orang yang berusaha untuk mengembalikan semula senyuman diwajahku.

buat awak~
saya dah penat. sungguh. saya dah penat.
saya lepaskan perasaan saya ini dengan rela.

kerana, 
apa yang saya inginkan,
hanyalah kebahagiaan awak selamanya.

awak~
kalau dulu, anak abah ni jadi kuat,
sebab ada seorang hamba Allah,
yang sudi menemani dia susah dan senang.

sekarang,
bukannya awak yang menghilang,
tapi saya yang mengundur diri,
supaya saya tak menjadi penghalang kegemilangan hidup awak.

duhai teman~
kadangkala daku befikir,
masih adakah kesempatan untuk segalanya berubah,

dan kemudian, aku tersedar.
aku terlupa. aku khilaf.
bukankah janji Allah itu suatu yang pasti.

mengapa masih ada ragu dalam hati?
kalau sudah ditakdirkan semuanya untuk berlaku,
siapalah kita untuk melawan takdir.

maybe Allah has set us to meet someone 'wrong',
for us to be prepare, to meet someone 'right'.

dan tak semestinya sesuatu yang kita pikirkan terbaik buat kita adalah baik,
dan begitu jugak sebaliknya. 

maka, saya lepaskan rahsia hati ini,
dengan harapan semoga awak bahagia,
dan jugak semoga kita berjaya mencapai impian yang diimpi selama ini.

dan~

sekiranya satu masa nanti telah terbukti bahawa awak adalah 'the one'.
dan ketika itu kita sudah diikat dengan ikatan yang dirahmati,
maka, jikalau pada saat itu daku kembali membaca pesanan ini,
ianya akan menjadi peringatan baru untuk aku,
terus berusaha mencapai bahagia,
dengan izin daripada-Nya.
bersama sidia 'imam'ku~

sekian,
xoxo
(cik siti wan kembang; bukan nama sebenar)

p/s: sebenarnya, saja aje nak test skill menulis. tengah taksabar nak tunggu abes 8bulan di penang, dan tengah serabut nak abeskan diploma yang tinggal sedikit aje lagi dalam ingatan. maybe dah dapat idea time cuti panjang nanti nak buat ape. hihii. may Allah bless ;)

Thursday, August 22, 2013

Maaf

Assalamualaikum sahabat sekalian.

Maaf. Tadi bukan main yakin kata nak update segala entry yang berkurun nak update malam ni. Tapi hati tetiba rasa sayu, otak suruh tabahkan hati, hati kata luahkan sedikit segala kepiluan supaya kurang sikit rasa bebanan.

Maaf maaf maaf. Saya memang nak tulis segala moments yang manis-manis yang berlaku dua bulan kebelakangan ini. Tapi kalau tulis time camni, rasanya post akan lebih terpengaruh dengan emosi yang tak sekata. Esok insyaAllah, kalau dah okaay saya akan update. May Allah bless.

p/s: dalam layan rasa sedih kat sini, teringat saudara seislam kat luar sana yang tengah gigih berjuang melawan kekejaman sang angkuh yang zalim. moga Allah melindungi mereka. doaku bersama kalian. Tuhan, mohon jagakan mereka yang menyayangi dan disayangi oleh aku :')

Ke'busy'an yang melampau

Assalamualaikum readers.

Dah berkepuk dah rasanya blog ni. Maaf laa ye dah lama tak update blog ke hape. Denn busy sangat haa dongan program kat U, dongan macam-macam laie laaaa *alasan*

Harini tetiba rasa stress dengan masalah-masalah kecil yang datang sekali harung yang buat aku rasa emo gaya budak yang mainannya kene rampas dengan budak yang lebih gagah darinyaa. Hahaaa *drama gilaa*

Pagi nanti ada test, and dengan kepala yang tengah berserabut ni of course laa kan, aku kalau study pon gaya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. And tengah nak migrain camni kalau tido mau ke laut test aku esok. Sooo malam ni, instead of buang masa berangan tak tentu hala, aku akan buat dua tiga benda yang bermanfaat which is one of them ialah update blog aku. *yeayyyyyy*

p/s: kalau ade pape entry yang mengarut di'update' lepasni maaf laa ye. cik gadis yang sorang ni tengah keserabutan yang amat. soo tengah otak tak centre dan taip ayat bunga-bunga, memanglah sungguh satu combination yang boleh mintak kaki.

p/s/s: ohh lupa. aku akan update entry dari before bulan puasa sampai laaa laani. sooo iyanyaa agak tak teratur. harap maklum laa ye :)

Saturday, July 13, 2013

khas untuk abah tersayang

Assalamualaikum dear readers,

Pagi sabtu camni, tetibe terasa nak share pasal abah. My only and forever superdaddy in the world. Abah yang selalu ade setiap waktu susah dan senang. Dan abah yang sungguh memahami walaupun jarang ketemu sebab aku still belajar kat penang ni haaa.

Dulu-dulu time kecik, yang aku still ingat dalam memory aku, aku manja dengan semua orang, sebab time tu aku anak yang last before adek lahir. And time tu aku paling manja dengan abah. Anak abah katakan ;p Kemana-mana aje, mesti dengan abah. Sampaikan satu masa tu, pergi zoo ke pergi tempat kat mana ntahh kat Melaka tuu, abah jugak yang dukung aku even penat camne pon. Aku ingat lagi time tu umur dalam 4, 5 tahun camtu kot.

Maybe sebab banyak berangan, soo banyak lupa memories sweet sweet time kecik-kecik dulu. Takpa, its okaay. Sebab nanti lama-lama aku mesti ingat kann, sebab life is always about flashback ;) Hmmph, rindu time kecik dulu. Sungguh rindu. Sebab time tu still takpaham lagi pasal kehidupan yang banyak jatuh dan bangun ni. Time tuu masih jadi anak kecil yang masih mentah taktau apa-apa melainkan hidup ketawa bahagia bersama keluarga tercinta.

Aku suka memerhati keliling. Dan aku juga selalu perhati semua ahli keluarga aku. In case kalau aku dah takde, aku bawak memories tentang dorang semuaa *kayy tetibe jiwang sentap semacam*

Hmpph, dari apa yang aku perhati, abah sangat rajin orangnya. Suka berusaha sungguh-sungguh nak dapatkan yang terbaik untuk keluarganyaa. Dan abah jugak seorang yang penyabar. Walaupun anak-anak abah terutamanya yang sorang ni, sangatlah susah nak jaga, degil yang amat :')

Abah tak kesah diri abah penat, asalkan anak-anak gembira. Kalau boleh, biar anak-anak dapat apa yang sepatutnya mereka dapat, walaupun time tu abah penat sakit tak berdaya :') Abah is my hero. Just like what I said, my only superdaddy in the world.


Abah pernah tulis dalam blog abah. Abah cakap, kalau dulu-dulu abah pernah rotan kami sebab nakal sangat, abah cakap, kalau boleh ulang balik semua tu, abah takkan rotan, sebab abah tanak berkasar dengan anak-anak abah. Abah takut, sebab perkara tu, kami jadi takut dengan abah, takut nak cakap dengan abah, takut nak sharing stories dengan abah. Tapi kann abah, orang yakin, adek, abang, kak ilah, kaknor dan orang sendiri paham, segala apa yang abah pernah buat, adalah untuk didik kami adik beradik, supaya jadi insan yang boleh berdikari, andai abah takde satu masa nanti :'(

Abah dan mak memang takdapat nak dicari ganti. Sebab abah terlalu sayangkan anak-anak abah, abah selalu ada untuk kami. Iyaa, memang mak pon ada. Dan mak pon memang takdapat nak dicari ganti semua. Tapi kali ni, aku nak cerita pasal abah. Abah yang sanggup tunggu aku yang selalu buat hal lambat bagai berjam-jam dengan sabar. Walaupun time tu dah lambat giler nak balik ke jalan kemana-mana ke. Abah tetap orang yang selalu sabar tunggu aku. Walaupun jugak dah berkali abah ingatkan tentang pentingnya tepati waktu.

Dan sebab abah sayang anak-anak abah, abah jaga elok-elok anak abah, terutamanya anak-anak perempuan abah. Abah lindungi kami, abah beri kami pelajaran agama yang sepatutnya, abah sentiasa ada setiap kali kami perlukan pendapat abah as a man. And abah takpernah bias atau pilih kasih antara kami.

Abah jugak antara orang yang paham apa yang aku rasa. Walaupun aku tak luahkan sepatah apa pon. Dan walaupun time tu abah dekat office dan aku kat kampus. Abah selalu cakap, "abah tau dan kenal anak abah, apa yang anak abah tengah buat dan apa yang anak abah rasa. Soo takpayah nak tipu abah, cakap jujur dengan abah". Itu yang abah selalu cakap kalau aku cuba-cuba nak sorok problem aku dari abah.

Abah jugak satu-satunyaa orang yang boleh buat aku dengar arahan dan nasihat , walaupun time tu aku terasa macam kenapa nak kene buat semua tuu. Abah is my saviour. Abah boleh buat aku nangis menyesal atas apa salah yang aku buat walaupun time tuu tak sampai berapa saat pon abah bukak mulut nak nasihat.

Abah dan mak are the person yang aku rasa kalau aku tak dengar suara dalam masa sehari, aku boleh risau bagai nak gila. Walaupun anak abah dan mak yang sorang ni takselalu luahkan apa yang ada dalam hati, tapi orang tau abah dan mak paham dan tauu yang orang sayang sangat-sangat kat mak abah. Aku bukanlaa orang yang senang nak cakap hal-hal penting dalam hati aku.

Nak-nak pulak bab kasih sayang camni, memang aku fail kalau masuk periksa. Aku takreti nak tunjuk sayang aku kat orang sebab aku takut aku akan merana kalau orang yang aku sayang hilang dari mata hati.
Kalau boleh aku jerit kat dunia betapa keluarga aku means everything for me, aku memang akan jerit awal-awal. Tapi masalahnyaa, aku ni pemaluu. Kononnnn. Hahaa =='

Bak kata cikgu kauselor aku satu masa dulu, cikgu tu pernah cakap yang, anak-anak melayu ni, dorang diajar untuk patuh dengan adat dan orang yang lebih tua. Dan disebabkan itulaaa, mereka membesar dengan cara susah nak luahkan apa yang ada dalam hati. Mereka jadi susah nak ekspresikan emosi mereka, kemarahan mereka, apatah lagi kesedihan mereka dan sebagainyaa laa. And since dari situ, aku belajar macam mana nak ekspresikan emosi aku, dan nampaknya tidak sebegitu berjaya.

Abah, walaupun orang jarang ekpresikan sayang orang kat abah, abah tetap my only superdaddy sampai bila-bila. Even if one fine day, kalau tiba jodoh sampai, and bakal suami orang akan ambil alih tanggungjawab untuk jaga orang, abah tetap the only man yang akan jadi superhero dihati. Dan orang sayang abah kerana Allah. I'm very proud to have you as my awesome daddy, abah :')

I tell you what. Abah is the most coolest superdaddy in my world :')

Bila tengok video nii, teringat dulu-dulu time belajar ngaji. Aku tak ingat kalau abah ade ajar macam ni, tapi yang penting aku tau, setiap kali aku tengok mana-mana ayah kat dunia nih, wajah yang pertama menjelma dalam otak dan hati adalah abah :)

Orang cakap, kita kene hargai sesuatu sebaik mungkin, sebab taktau bila sesuatu itu akan diambil oleh kita, dan taktau bila kita akan rasai lagi kebahagiaan camtu. Mungkin kita akan menyesal kalau tak hargai sunguh-sungguh. Dalam setiap doa aku selepas sembahyang, aku selalu doa untuk kebahagian dan kesenangan abah dan mak, dan jugak cikgu-cikgu, seluruh adik-beradik dan anggota keluarga aku, dan sahabat-sahabat serta saudara seislam aku.

Dan aku selalu harap dan berdoa, orang-orang yang disayangi aku dilindungi dari mana-mana kesakitan atau dugaan dunia. Aku rela, sekiranya sakit-sakit atau derita itu, di'transfer' kat aku. Biar abah mak dan yang laen-laen bahagia sentiasa. Sebab aku takmampu tengok walaupun setitik pon air mata sedih tumpah dari wajah mereka. Aku sayang abah dan mak. Sayang lebih lebih dari 150juta kali macam lagu Ainan Tasneem tuu.

Dan kalau nak tau, most of  things yang aku sayang dan aku ada, adalah pilihan dari abah. Dan jugak emak. Abah selalu pilih yang terbaik untuk aku, untuk anak-anaknya. Macam mana abah pilih pakaian yang terbaik untuk anak-anak perempuan abah pakai, macam tu jugak abah pilih keputusan yang kami belum mampu untuk pilihkan. Dan aku selesa dengan pilihan abah tuu. And kalau abah baca laa kan entry ni, kalau abah nak tauu, orang memang kalau boleh nak suruh abah pilih calon menantu abah untuk orang. Sebab orang tauu, setiap pilihan abah memang orang sentiasa suka. Hahaaa ;p

Walaupun aku takpernah cakap yang aku adore setiap apa yang abah buat, tapi aku tau, apa pon terjadi, abah tetap orang yang aku kagum dan hormat. Sebab abah laa satu-satunya lelaki yang ada dalam hidup aku, yang merupakan wali aku, dan jugak merupakan the only superdaddy in my world. I love my abah and mak. And my family too. May Allah bless and may Allah ease everything and everyone. 


And abah, you're that special person ;) If the entire world only celebrates Fathers Day once a year, but for me, everyday is a Fathers Day. Selamat Hari Bapa, Abah :')

Heyya you, dont you ever disturb my abah. Nampak niii? ;p

Orang selalu doa agar Allah panjangkan umur abah dan mak. Biar abah dan mak tengok hasil penat lelah abah dan mak jaga kami selama ni. Orang nak tengok abah dan mak bangga dan gembira tengok kejayaan kami adik-beradik. Angin, sampaikan salam aku buat abah mak dan keluarga tercinta di rumah sana. Ohh how I miss my home sweet home :'(

Thanks for reading. Jazkallah Khairan Khatira :')

Friday, May 31, 2013

Secrets

Assalamualaikum dear bloggers.

Hekss, tak terasa nak cakap pape. Serabut, iyaa kepala saya serabut. Hati tak center. Taktau macam mana lagi nak pulih. Hanya Allah saja yang tahu hal sebenarnya. Dan sekarang ni diri ni dah terasa sesak hidup udara dalam rumah tak sampai satu tahap nak suruh mak abah buat shopping marahons this weekends. Mak abah, jomm shops pleeeasseee. Tsk tsk.


"Secrets"
(originally by OneRepublic)
I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
Til' all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw wink, no
I've been on the brink, so

Oooh,
Amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
Oooh, Oooh, Oh, Oh, Oh
All my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, All my secrets away

p/s : only Allah knows how much I wish to tell you all my secrets *sigh*

Thursday, May 30, 2013

Sebelah Sayap

Assalamualaikum dear bloggers,

Baru aje tadi aku tonton video terbaru dari MatLuthfi. Sangat-sangat menyentuh hati. Mengenai bagaimana masih ada sesetengah mereka yang 'dalam' dalam bidang agama, tapi masih skeptikal dengan mereka yang berusaha untuk bertaubat dan kembali ke jalan-Nya. Jujur aku cakap, memang apa yang cuba disampaikan oleh video ni, terkesan di hati. Hampir aja menitik air mata aku melihatnya.

Sedar tak sedar, kadang-kadang kita skeptikal terhadap orang yang nak melakukan perubahan. Sedar tak sedar, dalam kita cakap kita dah usaha nak ubah kawan kita yang perlukan perubahan tu, sebenarnya kita lagi menarik kawan kita itu ke 'zaman khilafnya', bukan 'zaman baharunya'. Semua tu sedar tak sedar jugak, disebabkan sikap skeptikal kita kepada golongan yang kita pikir, cuba laa nak berubah macam mana pon, memang tak dapat jugaklaa, sebahagian daripada mereka kembali ke takuk yang lama.

Dear bloggers,

Aku pun pernah melalui fasa-fasa itu. Walaupun ianya tidaklah serumit seperti yang dialami oleh Ihsan dalam video ni, aku paham, and aku mengerti apa yang golongan seperti Ihsan ni alami. And aku paham macam mana pahit peritnya kita berusaha nak berubah, tapi disebabkan skeptikalnya 'sekeliling' terhadap kita, perubahan yang kita cuba lakukan itu, melaut entah ke mana.

Kalau laa korang nak tau, semasa detik-detik perubahan yang nak dilakukan itulah, banyak dugaan yang timbul. Iman di hati harus kuat, Hati yang rapuh harus tabahkan, dan sokongan masyarakat sekeliling terutama keluarga dan sahabat yang tiap-tiap hari kita selalu ada dengannya harus gigih kasi sokongan. Bukan sekadar bercakap, bernasihat dengan cara yang makin menjatuhkan semangat kita.

Macam yang kita tengok dalam video bawah ni, sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi apa yang terjadi pada Ihsan sebenarnya. And macam yang kita lihat, bagaimana setiap kali ada sahabat yang merendahkan usahanya untuk berubah, Ihsan jadi kembali lemah semangat, kembali pada dirinya yang sebelum itu. MasyaAllah, kasih sayang Allah itu sangatlah luas dan tidak terhingga buat hamba-hambaNya. Allah itu Maha Menyayangi, DIA kirimkan seorang sahabat yang setia kekal bersama Ihsan untuk sama-sama membantu Ihsan kembali ke pangkal jalan.

Aku bukanlah sebaik mana, 'Ilmu aku pon taklah sedalam mana, tapi yang mana boleh aku kongsi bersama korang, aku kongsi. Kalau ada aku tersalah kasi pendapat atau pandangan, mintak ditegur secara baik. Kat bawah ni, aku sharekan video MatLuthfi yang terbaru, tajuk dia Sebelah Sayap. May Allah bless :)


Friday, May 24, 2013

PDO 2013

Assalamualaikum dear bloggers,

Harini aku nak share pasal PDO 2013. Sebabkan cuti ni pon aku busy dengan hal laen, sedar tak sedar PDO untuk tahun ni baru je abes. As expected, team UiTM Shah Alam yang menang. Aku tak terkejut, dah boleh agak dah. Sebab team dorang antara team yang memang superbly awesome dalam debat. Aku pon kalau suruh lawan debat dengan dorang, agak-agak aku dah boleh kot pengsan sebab nervous and cuak sangat time tu. Hahaha. Nasib baik tak pernah jadi lagi *pheww*

Well well, agak terkilan sebenarnya since aku takdapat join. Aku tak join sebab ade hal yang aku tak dapat nak cakap. Tapi seriously rasa terkilan kot, sebab semenjak aku active balik dalam kelab debat, aku tak pernah miss laa tournament yang aku kena join dengan UiTM Penang punya debaters yang bagi aku sangat awesome. Sepanjang yang aku kenal dorang, banyak yang aku belajar. Even dalam kelab tu, untuk debat bahasa melayu, aku aje satu-satunya perempuan yang sama sem dengan dorang, aku takde laa terasa macam kene pinggir ke hape ke. Dorang take care aje aku even takde laa nampak sangat (kot). Haihhh.

Cuma untuk sem lepas, sem empat, aku hadkan penglibatan aku dalam kelab. And untuk PDO pulak memang aku tak dapat tolong. Like seriously memang tak dapat tolong. Lappy aku the whole semester lepas rosak teruk. So, the whole semester nak tanak kena redah jugak hidup tanpa lappy. Imagine macam mana budak enginee blaja tanpa lappy, sangat susah kayy.

 Then, herm, tadi aku sempat usha zick punya fb, so, find out team debat kitorang kali ni tak dapat ke pusingan akhir. Serious aku cakap, memang rasa macam sedih giler laa. Yelaa, banyak giler masalah untuk uruskan tournament kali ni. And aku sangat sangat bersimpati kat debate teammates aku atas masalah yang dorang hadapi. Harap PDO tahun depan berjalan dengan lancar laa gamaknyaa. Sebab insyaAllah, aku akan usahakan untuk betul-betul join tournament tu tahun depan.

And I dont know whyy. Cuti kali ni emosi aku agak melodramatik *sigh* Kadang-kadang tetibe aje boleh rindu moments dengan ikramies laaa, rindu moments time tournament dengan debaters laa. Huwaaa. Apa sudahh jadi sama guaaa? *confius*

Tadi time tengah kaum lelaki solat jumaat tadi, mak bukak radio ikim and at that time aku tengah busy kat dapur, so dengan aku sekali dengar khutbah jumaat, and khatib tu (err, khatib kan orang panggil?), haa khatib tu ade cakap pasal gembiranya dia bila tengok kondisi sekarang anak muda semakin bangkit untuk memperjuangkan hak dan kebenaran. Sama macam time zaman Sultan Muhammad Al-Fatih dulu-dulu.

 Dengar khutbah jumaat tadi, lagi laa buat aku teringatkan dorang, teammates debate aku. Even takde laa sekerap dan selama mana aku lepak dengan dorang, still, aku boleh nampak semangat yang diperkatakan oleh khatib tadi ade dekat dorang. And tak perlu aku mention laa sapa and apa yang dorang dah buat kan. Cuma, aku nak cakap yang semua tu buat aku teringat kat dorang and buat aku diam-diam sebenarnya kagum dengan semangat dorang. May Allah bless, InsyaAllah :)

Ni gambar time UiTM VC Cup '12. Kyaa, rindunyaa nak stay dalam tournament dengan dorang.


She maybe the face I can't forget

Assalamualaikum dear bloggers,

Entry kali ni bukanlah sesi luahan perasaan pekemenda. Cuma nak share satu lagu yang awesome pasal perempuan yang dinyanyikan oleh Elvis Costello. Waaa, gua sudah jatuh chentaa sama ini lagu. Bak kata  IniAnwarHadi dalam version yang aku edit sikit-sikit. Kalau dah dengar lagu lebih dari dua tiga kali bukanlah setakat suka tuu, itu namanyaa chenntaaaaa. Hikhikk.




Lyrics : She - Elvis Costello

She 
May be the face I can't forget 
The trace of pleasure or regret 
May be my treasure or the price I have to pay 

She 
May be the song that summer sings 
May be the chill that autumn brings 
May be a hundred different things 
Within the measure of a day

She 
May be the beauty or the beast 
May be the famine or the feast 
May turn each day into a heaven or a hell 
She may be the mirror of my dreams 
The smile reflected in a stream 
She may not be what she may seem 
Inside her shell 

She 
Who always seems so happy in a crowd 
Whose eyes can be so private and so proud 
No one's allowed to see them when they cry 
She 
May be the love that cannot hope to last 
May come to me from shadows of the past 
That I'll remember till the day I die 

She 
May be the reason I survive 
The why and wherefore I'm alive 
The one I'll care for through the rough and ready years 
Me 
I'll take her laughter and her tears 
And make them all my souvenirs 
For where she goes I've got to be 
The meaning of my life is 

She
She, oh she

Lirik lagu ni pon memang awesome kann. Hehehh. Hmmph, try laa dengar and hayati dengan penuh teliti. Ecehhh. HAHAHA. Btw, surely I think you'll love it ;)

p/s : aku sangat sure, kalau korang tuju lagu ni untuk chenta hati yang tersayang, mesti si diaa cair macam aiskrim gelato yang yummylicious ;)

Thursday, May 23, 2013

How to make a simplest doughnut

Assalamualaikum dear bloggers,

Donut ni bukanlah resipi kedua yang aku dah buat. Tapi sebab baru je cuba petang tadi, and hasilnya pulak, bolehlaa ade jugaklah rasa donut tu. Soo, aku rasa aku nak share dengan korang resipi dia. Taklah serumit resipi lain kat Internet tu, aku ambik resipi mak aku and aku edit sikit.

Resipi Donut Simple

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum biasa
1 1/2 sudu biasa buttercup
1/2 sudu biasa gula biasa
1 biji telur ayam
2/4 dari 11gram yis mauripan (paket kecil)

Cara-cara

  1. Tuangkan yis kedalam bekas kecil. Campurkan dengan sedikit air suam. (kalau air suam tu agak-agak terlebih panas, campur dengan air paip atau air kosong sikit). Letakkan gula kedalam adunan yis. Kacau 2-3 minit dan biarkan kembang.
  2. Campurkan tepung yang dah diayak, buttercup dan telur. Kacau guna senduk. Bila yis dah kembang, masukkan yis tu kedalam adunan tepung tadi. Kacau sampai hilang air yis tu.
  3. Uli guna tangan. Kalau boleh jangan tinggal sikit pon tepung dalam bekas adunan tu. Tutup dengan plastik pembalut makanan atau kain basah. Biarkan kembang dalam 10minit camtu.
  4. Bila adunan dah kembang, uli lagi sekali. Kali ni uli bulat-bulat kecil. Biarkan kembang dalam 3-4minit camtu.
  5. Dah betul-betul kembang, uli ikut bentuk donut yang korang suka. Donut bulat ke donut gulung ke. Tapi kalau nak buat donut gulung, pastikan hujung simpulan tu, korang simpul betul-betul. Sebab kalau longgar, nanti time masak tak jadi gulungan tu sebab kan ade telur dalam adunan tu, jadi adunan akan mengembang. 
  6. Panaskan kuali dan masak donut tu. Haa, jangan lupa perhati api dapur sebab sekejap je goreng sebenarnya.
  7. Dah siap masak, kalau korang nak salut dengan gula, salut dengan gula, kalau nak salut dengan coklat, cairkan coklat masakan and celup and makannn! :)

 Ini contoh donut gulung

And ini contoh donut biasa

Gambar donut tu, kedua-dua aku ambik dari Internet. Harap maklum yaa. Hmmph. Untuk pengetahuan, adunan kat atas ni kira separuh je adunan dari resepi donut biasa sebab aku first time buat. Mak selalu cakap, kalau masak desserts jenis macam ni, buatlah separuh adunan aje. Sebab kalau tak jadi, tak membazir sangat and tak terpaksa sangat nak abeskan makanan. And kalau jadi, boleh try lagi. Hikhik. Selamat mencuba ;)

How to bake a yummylicious Cupcakes

Assalamualaikum dear bloggers,

The very very first recipe yang aku nak share dengan korang adalah how to bake a very simple yet yummylicious cupcakes. Disebabkan cupcakes menjadi trend zaman kini (kot) and aku pon memang suka makan desserts ala-ala yummylicious gitu, soo, aku dengan bersemangatnyaa google resipi cupcakes. And to be exact, bersepah resipi cupcakes kat internet. Dalam english pon iya, and dalam bm pon iya. Aku nak kata terror terry masak tu takdelah. Tapi kalau dapat resipi and tetibe pulak datang angin rajin tu, haa, memang kelentung kelentang laa dapur tuu. And aku kalau dah dapat resipi, aku akan banding-bandingkan dulu, try yang mana paling best and ubah ikut gaya aku sendiri. At the end, jadilah resipi aku sendiri. Hikhik.

Okaay, berbalik pada recipe cupcakes tu tadi. Sebenarnya, orang selalu pikir, makanan yang selalunya sedap tu sangat susah nak dibuat. Meh sini aku bagitau. Semua yang kita tengok, waaaa, ni mesti susah nak buat ni, sebenarnyaa, kalau kita betul-betul cuba, InsyaAllah senang laa nak buat. And untuk confirmation, aku dah cuba resipi ni banyak kali. And setiap kali, Alhamdulillah menjadi. So, lets try it ;)

Resipi Vanilla Cupcakes (boleh sampai 50 serving)

Bahan-bahan :
2 cawan tepung kek blue key
1 1/2 cawan tepung gandum biasa
1 buku buttercup / 1 1/2 cawan marjerin
1 1/4 gula biasa
6 biji telur ayam
1 cawan besar susu segar goodday
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk penaik (kalau nak letak, kalau tanak tak perlu, sebab tepung kek tu self-rising)
2 sudu besar serbuk koko van houten (boleh je taruk seberapa banyak yang korang nak, lagi banyak kita letak lagi rasa chocholate tau) - ini kalau nak buat chocholate cupcakes

Cara-cara :

  1. Masukkan buttercup tadi dengan gula. Putar dengan mixer sampai sebati.
  2. Bersama adunan tadi, masukkan pula telur ayam satu persatu dan putar.
  3. Campuran tepung yang telah diayak tadi dimasukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. (Kalau tepung kek takde, boleh je semuanya guna tepung gandum biasa, sukatannya 3 1/2 cawan)
  4. Kemudian masukkan susu. Time nak masukkan ni pon, kene sedikit demi sedikit sebab takut nanti terlebih cair. (Boleh je guna susu sejat cair Ideal tu, tapi kalau nak lebih fluffy and melekat dalam mulut time kek dah masak, guna susu segar)
  5. Bila adunan dah semua sebati, time tu memang adunan pon InsyaAllah lembut menjadi aje, masukkan esen vanilla. Putar dengan mixer and taraaa, dah siap dahh adunan. (Kalau nak buat perisa coklat pon sama je. Just letak serbuk koko tu ikut berapa banyak yang korang nak, then kat adunan tu, kalau nak buat chocholate cupcakes takyah letak esen vanilla, kalau nak rasa lebih chocholate, try letak esen chocholate.)
  6. In case kalau-kalau nak try buat chocholate vanilla cupcakes ala-ala marble cupcakes. Boleh campur dua-dua adunan, letak sebelah menyebelah, then lorekkan/ putar perlahan dengan lidi cucuk sate atau garfu.
  7. Panaskan oven dalam 5-6 minit camtu.
  8. Masukkan adunan ke dalam bekas cupcakes atau muffin. Jangan penuh sangat isi sebab nanti time bakar, adunan mengembang, so takut nanti melimpah.
  9. Dah siap masukkan adunan dalam bekas tuu, masukkan ke dalam oven. Set suhu oven dalam 180o and bakar selama 20-30 minit camtu. Kene sentiasa tengok adunan dalam oven tu laa sebab setiap oven berbeza kan. 
  10. Bila dah siap semuanya, dah boleh makan camtu je. Kalau rajin sikit, boleh letak frosting. Frosting ni sebenarnya senang nak buat, tapi ikut selera orang laa. Sebab lain orang, lain caranya.
Ni gambar contoh ambik dari Internet aje. Kalau sempat nanti aku share gambar cupcakes yang aku buat. Suppose to kalau dah siap semuanya, siap letak frosting sekali, memang luarannya hampir sama macam yang kat atas :)

Selamat mencuba ;)

Masak Masak Masak

Assalamualaikum dear bloggers,

Well well, bila pikir-pikirkan balik, selain dari update hikayat aku, takde ape yang menarik untuk dibaca. Kannn? Soo, aku decide nak share segala resipi yang aku ambil dari internet or sesape, and then aku ubah jadi resipi aku sendiri a 'lil bit. And Alhamdulillah setakat ni menjadi.

Aku bukanlah si gadis ayu menawan yang bab masak memasak ni ala ala petik jari. Aku jugak bukanlah si gadis gagah yang bisa buat apa-apa je. Aku hanya seorang gadis plain jane yang hanya mampu buat segalanya dalam keadaan yang sederhana dengan usaha terbaik aku. Ehemm, terrdrama pulak. Hikhik.

Ermm, soo, tak macam gadis remaja zaman sekarang yang kalau masuk mall and dapat peluang shopping, mesti kedai pakaian atau kasut yang dorang masuk. Aku lebih excited kalau dapat shopping barang-barang dapur atau barang-barang rumah. Rasa macam orang besar yang dah ade gaji and rumah sendiri you know. Hahaha. Tipu laa kalau aku cakap aku tak excited nak shopping kasut and etc. Tapi macam aku cakap, rasa excited tu terlebih lebih bila dapat shopping barang dapur. Heee.

Gambar dari internet. Tapi like seriously, kalau laa dapat dapur yang luas camni, heaven giler time memasak. Semua lengkap. 

Hmmph. Dapur impian. How I wish that will come true. Haihh. Well. Even sekarang ni, umur dah masuk 20-an, tapi secara ringkasnya aku masih tak rasa yang aku ni dah nak masuk umur harus kahwin or so on. Ehemm. Makanya, bila aku melibatkan diri aku dalam bab masak memasak ni, secara tak langsung, dah terasa laa yang diri ni dah tak macam budak-budak main galah panjang lagi ;p

Tiba-tiba terasa diri ni dah tua. Haihh.

Jadinyaa, kalau korang rajin, sila-sila laa mencuba resipi yang aku dah ubah sikit-sikit jadi resipi sendiri ni haa. Heee.

Thursday, May 9, 2013

Result dan Perubahan

Assalamualaikum dear bloggers.

Harini hari aku dapat result untuk semester yang keempat. Result camne? Alhamdulillah. Walaupun bukan flying colours tapi still dapat buat aku sambung semester seterusnya. Abah dan mak pon terima result aku. Alhamdulillah. Even orang belum lagi dapat result flying colour yang mampu buat mak abah rasa teramat gembira. Orang janji. Satu masa nanti, InsyaAllah, muka orang yang mak ngan abah tengok amik hadiah kat atas pentas tu. Macam mana pon, memang aku sangat speechless tengok result tadi. Syukur Ya Allah. Banyak banyak terima kasih :')


Guess what. Jeng jeng.. Aku dah nak masuk final year dah. Yelaa. Next sem kan dah sem 5. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sekejap je tengok tengok dah nak abes diploma dah. Tengok tengok dah grade. Pastu sambung degree. InsyaAllah :)

And harini jugak aku belajar something. Apa yang terucap kat mulut kadang kadang memang susah nak diaplikasikan dalam perbuatan. Contoh laa kan, orang tu cakap dia nak berubah. Mula mula memang nampak perubahannya. Tapi lama lama, perubahannya tak kekal. Tak istiqamah. Satu perkara yang aku nak cakap. Kalau nak berubah ni sangat susah. Apatah lagi nak berubah ke arah kebaikan. Kalau kita tak hari hari usaha kuatkan diri dengan iman, memang susah nak kekalkan perubahan tu. Godaan syaitan sangat kuat terhadap golongan golongan macam ni. Jadinya. Yang aku paham, kalaulaa kita cuba nak buat perubahan, mungkin akan ada satu masa rasa macam diri kita ni tak sekuat mana. Rasa macam nak give up gitu. Tapi yang aku tau, hanya ada satu perkara yang patut kita buat time tu. Back to Allah. Turn to Allah. Hanya Allah saja tempat kita mengadu dan mengabdikan diri. Kalau rasa susah hati sebab hati dah start berbolak balik nak  jadi macam dulu, Back to Allah. Always back to Allah wahai sahabat. Sebab hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dan, untuk kembali pada Allah. Kita kene sentiasa dekatkan diri denganNya. Macam mana? Solat di awal waktu, sentiasa bertadarus Al-Quran. Walau macam mana sibuk pon, jangan sekali-kali tinggal solat, dan jangan sekali-kali tinggalkan Quran. That also a reminder to myself. Sebab aku pernah terbaca, selangkah kita tinggalkan Al-Quran, sepuluh langkah kita akan ditinggalkan oleh Al-Quran. Dan sungguh rugi laa orang yang mensia-siakan hidupnya dengan meninggalkan amalan yang diperintah oleh Allah.


Abah selalu cakap, untuk berjaya ni, banyak caranya. Dan cara yang paling mudah ialah selain daripada usaha sungguh-sungguh, sentiasalah berusaha gembirakan mak abah. Sentiasa berdoa pada Allah. Sentiasa berusaha memohon keredhaan Allah dan ibu bapa. Sebab dalam banyak-banyak perkara yang ada dalam dunia ini, itulah keutamaannya. Keredhaan. Keberkatan. Doa. Usaha. Tawakal. Macam itu jugaklaa time kita berusaha nak membuat perubahan diri. Kalau kita nak jadi yang lebih baik daripada semalam. Perkara-perkara yang lagha kena kita tinggalkan. Perkara-perkara yang melalaikan kene kita tinggalkan. Memang tak salah kita buat semua tu. Tapi kalau iman kita still tak kuat. Dan kalau kita buat semua tu boleh buat kita jadi macam dulu balik. Tinggalkan. Tinggalkan. Dan tinggalkan. InsyaAllah, akan dipermudahkan usaha kita. Dan akan dipermudahkan istiqamah perubahan kita. InsyaAllah. Sekian.  


Wednesday, March 27, 2013

His last day...

Assalamualaikum dear bloggers,

Yeahh I know, biasa amek masa almost berbulan-bulan baru aku menulis balik. But, today, I feel kind of harus and harus menulis. Tauu tak? Harini, something happend which it really shocking me. Today is the last day for him. Him, who is one of my best friends here. Even kenal hanya untuk 2 semester lebih, but sebenarnya banyak yang aku dah pelajari daripada dia. A good friend is the one who can be with you when you're in a good or bad situation. A good friend also are the one who give his/her best for you even that would make your friendship with him/her became worst. And a good friend is the one who always sharing and advising his/her friend to a better way. And that's him. Lots of word to say. But I think it will be better if I do said that to him by myself. And what can I say, may Allah bless your life, bro. Semoga selamat dunia akhirat. Jazakallahu Khairan Khatira :) Sekian...





Sunday, March 17, 2013

2013, please be nice to me, ehekkk

Assalamualaikum dear bloggers and morning.

It is 2013 now *Bunga api berkumandang* Cepat sangat masa berlalu. Kadang-kadang sampai tak sedar pon. Semester 4 dah nak abes. And kalau muhasabah diri balik, there is not too much nice things yang patut dibanggakan for these semester. But nevermind. I'll try more harder. To be a better person, InsyaAllah. One whole semester without my lovey lappy. Agak foreveralone di situ, tapi it's okaay. Hidup jee lagi ni haa. Tehee. By the way, these semester will be my last semester with my current housemate. Why it is that so? Herm herm. Dorang decide untuk pecah bilik, what did I mean is, dorang kiranyaa nak satu bilik dengan members dorang next semester. And what would be my opinion? Kayyfinee. It will be okaay though. Kalau itu yang boleh buat dorang happy and selesa. Who am I nak halang kan? Status tertinggi pon tak dipegang untuk berkuasa menghalang keputusan dorang. These semester quite exciting story. Dengan perpindahan zaty, more harder with the subject, I'm quitting my lovey dovey club activities lil' slowly, kak syifaa and the others senior punya last semester, I met 'HIM', jumpaa more juniors and what can I say, tak tertulis laaa. Pengalaman mendidik kita, I've read that somewhere, and you know what, that is superbly awesome true. Tanpa pengalaman, siapalah kita. Well, to be exact, tipu laa kalau aku cakap those that happend to me tak pernah buat aku nanges. Aku manusiaa weyy, manusia. Bukan ikan, dan bukan kambing. Okaay melalut dah. Ehemm. Manusia mana yang takde perasaan, well, kalau korang ade jumpa, pleaseee bagitau aku. Aku nak menuntut daripada dia. Penat kot dok simpan, layan perasaan yang seriously kadang-kadang makes me lil' annoying. Adehhdehh. Yelaaa, kot iye nak rasa sentapp memanjang, sape tak penat kan. Okaay, off the topic. Nak jadi citer, sekarang dah boleh pilih major untuk semester depan. For my electrical and electronic engineering studies, fuhhhh, kemain panjang namanya, well, kitorang dapat another 3 choices untuk dipilih dijadikan major, which is pure electronic, communication and computer(programming). All those berkait rapat with my electrical buzz buzzz. And my choice would be computer. Bukan tanak amek pure. Jujur aku cakap aku mampu nak amek and struggle for pure. But you know what, aku belom ready untuk serabutkan kepala aku dengan those messy calculation and circuit walaupun itu one of my passions dalam bidang electrical engineering nii. Aku pilih computer because aku tauu, even macam mana aku malas pon, I would not give up for my programming sebab camne nak cakap, contoh laa kan, kau tengok someone which terror terry giler buat programming and hacking, and suddenly, kau rasa passion towards those two mencanak naik yang awesome. Okaay ayat aku serabut, kayy takpe. Toksah nak kalut paham sangat. Baca pelan-pelan. And you'll be understand it. Comm? Well, aku takde laa active sangat those club activities even aku rasa mak abah dah start cakap pasal kurangkan club activities. And aku sekarang bukan macam kat teknik dulu, yang ade terlampau banyak sangat masa untuk dihabiskan dengan hanya menilik dan focus pada buku sejarah sampai boleh score excellent giler dalam SPM. Okaay, itu drama, sangat drama. Herm, by the way, sambung balik, kehidupan kat Uni dengan sekolah, amazingly laen. Even macam mana aku try nak abeskan masa untuk study menghafal pasal comm ni pon, seriously, denn tak bulehh, macam korang bukak buku, and suddenly blank. Haishh. So, lepas berbincang dengan abah and abang, aku still go on dengan computer(programming). Hope that will be a correct decision for me, InsyaAllah. Tak sabar pulak nak tunggu semester depan. Kemainn nak tunggu semm depan, padahal final exam lagi duaa minggu, tapi tak rasa cuakk nak study bagai. Alahaii. Herm, today will be the day for the last event for ikramies for these semester. Aku nak ikut, tapi, haii entahlaa. Somehow, takde rasa excited nak pegi. Mengapakah?? Maybe sebab orang-orang yang selalu buat aku tersenyumm takde kott. Okaay aku just cakap maybe. Bukannyaa betul pon. Jangan sentap kayy. Korang pon ade buat aku senyum jugak. Cuma those people, lebih melebih lagi 'effect'nyaa. Hailaa hailaa. Kalau Cikgu Asnah tengok ayat BM aku sekarang nii, mau aku kene pusing satu UiTM nii nak dekat sepuluh kali. Haa hahaha, again, drama queen laa syerahh. And pasal si 'janggut ciput'?? Okaay, that is another name yang aku tak pernah sebut. But whatever it is, I thought it will be an old story. Memang aku dah tak involve laa dengan those couple things after penghijrahan. But, seriously, antara aku dengan diaa. Lets the time decide. Kalau ade jodoh, adelahh. It's too much too think. Paling tidak, aku suruh jee abah ngan mak pilihkan. All these while pon, memang aku would be forever anak manja mak dan abah. And I even do love their choices for my cloths and baju kurung. It is soo nice to live as one of daughters of mak and abah. Eventhough, for that 'janggut ciput', jujur, perasaan yang pernah ade untuk diaa hadir tanpa sebab. I can't think the reasons. Soo, just like what I say. Aku lepaskan semuanyaa. Lets Allah decide what is the best man for me. Not what I think the best for me. Sebab kita manusia, selalu pikir ikut emosi. Rightiooo? Sila mengaku okaay. Hahaha. By the way, hope I can do well in my final examination, Aaaminnn. And seriously, can't wait to balik rumah, superbly rindu kat mak abah and kaknor adik semuaaa. Dengan my would-to-be lappy(Hahaa) and many moree. Will write more about my life, very soon. Sekian, Assalamualaikum :)

Popular Posts