TuneList - Make your site Live

Friday, May 24, 2013

PDO 2013

Assalamualaikum dear bloggers,

Harini aku nak share pasal PDO 2013. Sebabkan cuti ni pon aku busy dengan hal laen, sedar tak sedar PDO untuk tahun ni baru je abes. As expected, team UiTM Shah Alam yang menang. Aku tak terkejut, dah boleh agak dah. Sebab team dorang antara team yang memang superbly awesome dalam debat. Aku pon kalau suruh lawan debat dengan dorang, agak-agak aku dah boleh kot pengsan sebab nervous and cuak sangat time tu. Hahaha. Nasib baik tak pernah jadi lagi *pheww*

Well well, agak terkilan sebenarnya since aku takdapat join. Aku tak join sebab ade hal yang aku tak dapat nak cakap. Tapi seriously rasa terkilan kot, sebab semenjak aku active balik dalam kelab debat, aku tak pernah miss laa tournament yang aku kena join dengan UiTM Penang punya debaters yang bagi aku sangat awesome. Sepanjang yang aku kenal dorang, banyak yang aku belajar. Even dalam kelab tu, untuk debat bahasa melayu, aku aje satu-satunya perempuan yang sama sem dengan dorang, aku takde laa terasa macam kene pinggir ke hape ke. Dorang take care aje aku even takde laa nampak sangat (kot). Haihhh.

Cuma untuk sem lepas, sem empat, aku hadkan penglibatan aku dalam kelab. And untuk PDO pulak memang aku tak dapat tolong. Like seriously memang tak dapat tolong. Lappy aku the whole semester lepas rosak teruk. So, the whole semester nak tanak kena redah jugak hidup tanpa lappy. Imagine macam mana budak enginee blaja tanpa lappy, sangat susah kayy.

 Then, herm, tadi aku sempat usha zick punya fb, so, find out team debat kitorang kali ni tak dapat ke pusingan akhir. Serious aku cakap, memang rasa macam sedih giler laa. Yelaa, banyak giler masalah untuk uruskan tournament kali ni. And aku sangat sangat bersimpati kat debate teammates aku atas masalah yang dorang hadapi. Harap PDO tahun depan berjalan dengan lancar laa gamaknyaa. Sebab insyaAllah, aku akan usahakan untuk betul-betul join tournament tu tahun depan.

And I dont know whyy. Cuti kali ni emosi aku agak melodramatik *sigh* Kadang-kadang tetibe aje boleh rindu moments dengan ikramies laaa, rindu moments time tournament dengan debaters laa. Huwaaa. Apa sudahh jadi sama guaaa? *confius*

Tadi time tengah kaum lelaki solat jumaat tadi, mak bukak radio ikim and at that time aku tengah busy kat dapur, so dengan aku sekali dengar khutbah jumaat, and khatib tu (err, khatib kan orang panggil?), haa khatib tu ade cakap pasal gembiranya dia bila tengok kondisi sekarang anak muda semakin bangkit untuk memperjuangkan hak dan kebenaran. Sama macam time zaman Sultan Muhammad Al-Fatih dulu-dulu.

 Dengar khutbah jumaat tadi, lagi laa buat aku teringatkan dorang, teammates debate aku. Even takde laa sekerap dan selama mana aku lepak dengan dorang, still, aku boleh nampak semangat yang diperkatakan oleh khatib tadi ade dekat dorang. And tak perlu aku mention laa sapa and apa yang dorang dah buat kan. Cuma, aku nak cakap yang semua tu buat aku teringat kat dorang and buat aku diam-diam sebenarnya kagum dengan semangat dorang. May Allah bless, InsyaAllah :)

Ni gambar time UiTM VC Cup '12. Kyaa, rindunyaa nak stay dalam tournament dengan dorang.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts