TuneList - Make your site Live

Tuesday, October 22, 2013

2 minggu pertama cuti semester

Salam Alaykum dear bloggers, 

dah nak masuk dua minggu cuti semester bermula, and I'm finally at homeeee. hahaa. well, balik aje dari Penang 12th Oct haritu terus pegi dinner dengan the whole family. pheww~ seriously dapat lepas rindu kat dorang. dapat lepas rindu kat rumah :')

aktiviti sepanjang cuti semester ni? hmmph takdelaa banyak sangat. I mean aku takde laa keje ke hape ke. just duduk rumah praktis jadi surirumah yang berjaya. hahaha. berjaya laa sangat kann~ =='

pape pon, well disebabkan minat yang mendalam dalam bidang bakery, so for this semester leave, mak suruh praktis banyak-banyak buat kek etc, tapi mak kata before nak buat kek-kek yang bermacam jenis tu, basic kene laa kuatkan dulu. kalau tak, tak menjadi kek tuu. 

and actually aku nak menaip banyak-banyak time cuti ni. masalahnya dengan tetiba idea menghilang, ilham menyorok dan mood mempengaruhi. pheww lagi~ esok aku harap dapat bangun dan kembali menaip dengan banyaknyaa. banyak kot yang aku nak share dengan korang. macam sesetengah blogger jugak, aku menulis hikayat hidup aku dengan harapan, satu masa nanti boleh dijadikan bahan bukti dan kenangan yang aku pernah dan banyak mengharungi pelbagai situasi pahit manis kehidupan ;) dan aku mengharap tulisan aku takkan disalah ertikan oleh mana-mana pihak. ecehhh. if you know what I mean laa kan~ 

sekian untuk malam ni ^^

p/s: adik dok membahan aku buat gaya satu watak yang penah keluar kat tv and dlm citer tu dia yang selalu update keek etc pastu upload kat blog dengan dialog 'haa kakak mesti tulis camni kan kat blog, hi keekers, harini I buat macam ni camni, blablabla yadeyy yadeyy yadeyy'. hahaa adik, why are you soo sarcastic nowadays haa. your sister is not like that kayy, insyaAllah ;)

Thursday, October 10, 2013

Hari-hari terakhir semester 5 (part 1)

Assalamualaikum dear bloggers,

dah berkurun tak update pape dlm blog ni since last entry. And now aku sedang melalui hari-hari terakhir sebagai seorang pelajar semester 5 *hoyeahh* hahaa.. btw, semester kali ni memang banyak sangat dugaan yang mencabar dan rintangan yang boleh buat aku rasa nak give up abeskan final year kat UiTM ni. tapi berkat doa dan sokongan daripada keluarga dan sahabat yang tercinta, Alhamdulillah, aku berjaya jugak abeskan semester 5 aku ni dengan gembiranya.

sebenarnya sekarang ni tengah terketar tangan nak menaip ayat-ayat yang bermain di minda. dan kepala pon seakan tanak berkerjasama mengeluarkan bait-bait kata indah yang boleh dicoretkan kat blog ni. dari jumaat lepas sebenarnya batuk teruk, dan semuanya bermula dari sakit tekak biasa seterusnya hilang suara, demam, selesema dan last stage, batuk teruk. maybe sebab tengah busy dengan final, so kesihatan agak tak terjaga. dan maybe jugak banyak sangat yang dipikir, membuatkan kepala otak yang sepatutnya berehat pada malam hari menjadi sibuk sesibuknyaa.

pagi satgi ada lagi satu paper final examination. paper terakhir untuk dijawab pada semester ni. harap-harap dipermudahkan Allah untuk menjawab paper tersebut dengan jayanya di sebalik kesakitan yang menyerang diri. takdir untuk diri, dari malam tadi sebenarnya rasa sesak nafas, takleh tido, then pagi tadi pon paksa diri untuk tido, bangun aje and siap2 untuk zohor, terus rasa sesak nafas teruk, batuk non-stop. bergegas pegi unit kesihatan kampus and jumpa doc.

sebab dah lama tak kene lelah, so bila sekali dah kene, tu yang teruk tu. sebab dah lama gak laa setahun dua camtu tak kene lelah. so tadi doc kasi sedut gas yang untuk orang kene asma tu. then lepastu doc suruh rehat sbb doc cakap bila dah lama tak sedut gas asma atau makan ubat asma, side effect dia tinggi sikit. contoh terdekat, the whole body menggigil terketar-ketar macam orang kesejukan yang amat walaupun tak sejuk mana pon.

mak suruh rehat banyak-banyak. jangan difikirkan sangat penyakit ni. tapi kan mak, anak mak yang sorang ni kann memang keje dia dok memikir aje. even sakit2 pon still nak pikir. so camna nak rest sepenuhnyaaa. hahaha. btw, harap pagi nanti keadaan kurang sikit. and harap boleh jawab. itu aje yang mampu nak ditulis takat ni. next entry nanti denn update pasal betul2 punya hari-hari terakhir semester 5 yaa ;)

Popular Posts