Assalamualaikum dear bloggers,
dah berkurun tak update pape dlm blog ni since last entry. And now aku sedang melalui hari-hari terakhir sebagai seorang pelajar semester 5 *hoyeahh* hahaa.. btw, semester kali ni memang banyak sangat dugaan yang mencabar dan rintangan yang boleh buat aku rasa nak give up abeskan final year kat UiTM ni. tapi berkat doa dan sokongan daripada keluarga dan sahabat yang tercinta, Alhamdulillah, aku berjaya jugak abeskan semester 5 aku ni dengan gembiranya.
sebenarnya sekarang ni tengah terketar tangan nak menaip ayat-ayat yang bermain di minda. dan kepala pon seakan tanak berkerjasama mengeluarkan bait-bait kata indah yang boleh dicoretkan kat blog ni. dari jumaat lepas sebenarnya batuk teruk, dan semuanya bermula dari sakit tekak biasa seterusnya hilang suara, demam, selesema dan last stage, batuk teruk. maybe sebab tengah busy dengan final, so kesihatan agak tak terjaga. dan maybe jugak banyak sangat yang dipikir, membuatkan kepala otak yang sepatutnya berehat pada malam hari menjadi sibuk sesibuknyaa.
pagi satgi ada lagi satu paper final examination. paper terakhir untuk dijawab pada semester ni. harap-harap dipermudahkan Allah untuk menjawab paper tersebut dengan jayanya di sebalik kesakitan yang menyerang diri. takdir untuk diri, dari malam tadi sebenarnya rasa sesak nafas, takleh tido, then pagi tadi pon paksa diri untuk tido, bangun aje and siap2 untuk zohor, terus rasa sesak nafas teruk, batuk non-stop. bergegas pegi unit kesihatan kampus and jumpa doc.
sebab dah lama tak kene lelah, so bila sekali dah kene, tu yang teruk tu. sebab dah lama gak laa setahun dua camtu tak kene lelah. so tadi doc kasi sedut gas yang untuk orang kene asma tu. then lepastu doc suruh rehat sbb doc cakap bila dah lama tak sedut gas asma atau makan ubat asma, side effect dia tinggi sikit. contoh terdekat, the whole body menggigil terketar-ketar macam orang kesejukan yang amat walaupun tak sejuk mana pon.
mak suruh rehat banyak-banyak. jangan difikirkan sangat penyakit ni. tapi kan mak, anak mak yang sorang ni kann memang keje dia dok memikir aje. even sakit2 pon still nak pikir. so camna nak rest sepenuhnyaaa. hahaha. btw, harap pagi nanti keadaan kurang sikit. and harap boleh jawab. itu aje yang mampu nak ditulis takat ni. next entry nanti denn update pasal betul2 punya hari-hari terakhir semester 5 yaa ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam Alaykum dear bloggers, Ehehehehem. Well today's entry is about my birthday on last saturday. Say whatttt? Oh yess, I'm now...
-
Assalamualaikum dear bloggers, Baru aje tadi aku tonton video terbaru dari MatLuthfi. Sangat-sangat menyentuh hati. Mengenai bagaimana mas...
-
Salam Alaykum dear bloggers, Seperti yang dijanjikan, it's the time for a new entry. Yeyyyyy. Kali ni nak bercerita tentang iftar hari...
-
Assalamualaikum dear bloggers, Harini aku nak share pasal PDO 2013. Sebabkan cuti ni pon aku busy dengan hal laen, sedar tak sedar PDO unt...
-
Assalamualaikum dear bloggers, Entry kali ni bukanlah sesi luahan perasaan pekemenda. Cuma nak share satu lagu yang awesome pasal perempua...
-
Assalamualaikum readers. Dah berkepuk dah rasanya blog ni. Maaf laa ye dah lama tak update blog ke hape. Denn busy sangat haa dongan progr...
-
Assalamualaikum dear bloggers, Well well, bila pikir-pikirkan balik, selain dari update hikayat aku, takde ape yang menarik untuk dibaca. ...
-
Salam Alaykum guys~ How is it your day? Hopefully today is also a very nice day to you too. Harini Alhamdulillah, tetiba dapat ilham, nak ...
-
Assalamualaikum dear bloggers and morning. It is 2013 now *Bunga api berkumandang* Cepat sangat masa berlalu. Kadang-kadang sampai tak sed...
No comments:
Post a Comment