TuneList - Make your site Live

Monday, May 28, 2012

~PDO 2012~

Assalamualaikum dear bloggers ,

HAHA . Ini , adalah kali ke-empat aku update blog untuk hari ni . WOW . Rajinnya dia *sindir diri sendiri* HAHA . Well , entry kali nii , bukanlah untuk bercerita apa-apa . Cuma nak tunjuk gambar-gambar time PDO jaa . Kalau rajin , barulah aku bukak hikayat ehh ;p

 time training . kena partner debate dengan mont (fahmy) kot . tengah bincang fakta untuk debate ;p

 picnic kat padang hari ahad ^^ untung ajaa tak kena lari padang before makan nii . sebab before makan nii , sir train kitorang cara bercakap , mengingat , etc .
 yeayyy !! untuk kami , abes dah debate . even tak dapat masuk final , still , dapat banyak pengalaman . legaa betul dah abes ^^

 sambut birthday sir : ) even lambat sikit , tapi still , kami sambut jugak tau sir . hehe

dinner malam final ^^

 ini muiz ^^ anak cikgu kat rumah anak-anak yatim tu . muiz neomu kwiyeowooo ;D

lepaskan penat and tension time maen bowling kat Summit ;p

Sebetulnya , banyak lagi , moments dan gambar yang aku nak kongsi bersama , tapi , nak buat camne , aku tak bawak camera time PDO haritu , and aku tak reti nak cerita sangat apa yang berlaku . Overall , PDO 2012 nii , memang banyak kasi manfaat kat aku . Dan aku gembira untuk itu . Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ^^

Sekian ajaaa . Dah penat dah taip . Hihi ;p

UiTM Penang Debate Club , neomu DAEBAKK !!

Assalamualaikum dear bloggers ,

Masing-masing ada minat yang tersendiri , kan ? Aku pon . Salah satunya , berdebat . Ohh kejap . Jangan buat muka . HAHA . Sebab , bukannya maksud aku cakap minat aku berdebat tu , aku yang berdebat . Tettt . NOPE . Aku suka tengok orang berdebat . Bagi aku , debaters nii , sama ada BI ataupun BM , they're sooo awesome . Sebab apa ? Sebabnya , dorang berani mengeluarkan suara depan orang ramai . Dengan yakin bercakap apa yang mereka percaya dengan lantangnya kepada semua . Dan tak takut dengan side effect atau lebih senang nak paham , buah mulut orang . Kita manusia nii , mana-mana pergi pon , still , mesti akan ada orang yang bercakap , sama ada memuji ataupun mengata . Itu lumrah hidup . Dan disebabkan itulah aku masuk kelab debat UiTM Penang ^^ Well , tunggu kejap , bukan itu ajaa sebabnya . Aku ada alasan yang lain . Untuk pengetahuan , akak aku yang sulung pon , seorang debater jugak . Debater untuk USIM pada waktu dia belajar . Aku kagum dengan akak aku . Walaupun aku tak pernah cakap dengan dia , puji dia tu hebat , dan aku pon taklah cakap kat orang lain betapa kagumnya aku dengan dia , kagumnya aku dengan keluarga aku terutamanya abah aku . But still , jauh kat dalam hati nii , aku nak sangat jadi macam akak aku . Walaupun dia sibuk , ke sana ke sini , tapi still , dia berjaya untuk berjaya dalam pelajaran . Dalam dia berdebat , dia jugak wakil sukan , dia jugak jpk kolej *garu kepala* , dan dia jugak salah seorang DL - Dean List . Lihat , aku bukanlah sekadar berkata-kata kosong . Aku punya sebab yang kukuh untuk mengagumi akak aku . Okay , dah jauh dari topik . Hmm , makanya , disebabkan alasan-alasan di atas , aku pon , dengan bersemangatnya mendaftar masuk kelab debat . YEAYYY !! Hihi .


But , well , seperti biasalah , kalau dah namanya semangat itu , kadang-kadang jatuh menjunam , kadang-kadang naik mendadak . Dan , semangat aku itu tidak lah kemana . Kerana , hanya pada awalnya ajaa aku rajin datang training untuk debat , waktu sem 1 dulu . Lepas tu , debat entah ke mana , aku entah ke mana . HAHA . Naik sem 2 , masih macam dulu , daftar jugak kelab debat , tapi jarang datang training . First sekali , sebab takut tergagap time berdebat , even time tu hanya training . Secondly , takut , sir akan marah , sebab dahlah jarang datang training , then , datang , prestasi macam hape (imaginasi aku) . Tapi ,aku still takut and cuak , setiap kali harus datang jumpa dorang , dan  syaimaa , one of debater BI , selalu naikkan balik semangat aku , selalu yakinkan aku , budak-budak dalam kelab debat tu , dorang semua , okay , sporting , happening , etc . Sem 2 , ada banyak perubahan . Aku pergi tonton Perlawanan Akhir Debat Diraja kat USM dengan dorang . Dan , time cuti sem , aku join PDO 2012 - Penang Debate Open . PDO sangatlah best , sangatlah banyak beri kesan kat diri aku . Mana taknya kalau sampai sekarang aku still teringat segala memori time PDO tu . Aku ingat lagi , time training untuk debat style British Parliment , time masing-masing sibuk nak uruskan PDO , time berdebat (first time debat yang sebetulnya kat universiti) , dan banyak lagi laa . Ohh , tak lupa jugak , time kitorang hang out , pergi lepaskan penat lelah , lepas abes ajaa PDO tu . I really miss that moment . Chait . Aku emosi sikit malam ni .



waktu ni , baru jaa abes debate untuk hari kedua . lega gilaa time ni ^^





time kat tempat bowling kat Summit ^^

Time PDO nii laa , aku dapat rapat sikit dengan dorang , dapat kenal dorang dengan lebih mendalam . Dan dapat aku simpulkan yang apa syaimaaa cakap selama ni tentang kelab debat sangatlah betul . Kalau ajaa mereka ni tahu , yang aku sangat hargai apa yang mereka buat kat aku *terharu* Dorang jaga aku sepanjang tu , pastu ajar aku camne nak berdebat dengan baik (selain daripada sir ajar) , bantu aku untuk hilangkan kekok aku time syaimaa takde kat samping aku untuk bercakap dengan dorang bagi pihak aku , kongsi cerita dengan aku . Semua tu , buat aku rasa macam aku betul-betul sebahagian daripada keluarga kecil kelab debat UiTM Penang nii *lap air mata* Selalunya , aku akan lupa dengan perkara-perkara yang tak berapa nak penting dalam hidup aku . Tapi , sampai saat nii , aku still ingat semua tentang PDO , semua tentang kelab debat UiTM Penang . Mungkin ajaa , sebab ada 'orang' yang buat aku ingat *tekup muka kat meja* Mungkin , sebab aku betul-betul enjoy dan happy time PDO tu berjalan . Dan mungkin juga , Kelab Debat UiTM Penang berserta ahli-ahli dalamnya , dah jadi salah satu perkara penting dalam hidup aku sekarang ni . Ehem . Mungkin juga kan . Guys , thanks for being a nice accompany when I'm there in PDO . Neomu neomu gomawoyooo ^^


Sekian , untuk malam ini , HAHA . 


Popular Posts