TuneList - Make your site Live

Saturday, June 9, 2012

Permulaan Yang Baru

Assalamualaikum dear bloggers ,

Oleh kerana semalam , last day aku kat Puncak Alam , sebelum balik semula ke Penang , aku sekeluarga pergi makan-makan , Alhamdulillah . Walaupun bukan makan untuk meraikan aku sambung kembali pelajaran aku , tak mengapa , semuanya Alhamdulillah . Tadi makan bersama dengan family Pakcik Lee , kawan abah yang baik hati ;p Makan banyak-banyak sampai rasa tak larat nak habiskan . Tapi , aku try habiskan jugak . Yelaa , kat Penang nanti , payah nak makan banyak-banyak , mewah-mewah cenggini . Makanya aku harus bersyukur , kan ? Hurm , Alhamdulillah . Pagi nanti , lepas solat suboh , bermulalah episod baru dalam hidup aku yang agak , hah , entahlah . Bukanlah nak mengeluh . Alhamdulillah , aku bersyukur dengan apa adanya aku sekarang niii . Walaupun tak semua yang dikehendaki , diperoleh . Tapi aku percaya dengan janji Allah . Itu yang penting . Makanya , suboh nanti , aku sekeluarga akan bertolak balik ke penang . Alhamdulillah , pulangnya aku sem3 nii , dihantar oleh keluarga , bukannya bas lagi *terharu* Ehem . Bermulanyaa sem baru , orang baru , pelajaran baru , tugasan baru , kawan baru , cinta hati baru , ehh ? Haha , bukan bukan . Bukan cinta hati yang baru . Sebab aku mana pernahnya ada cinta hati semenjak putus kasih dengan Shafiq setahun lebih yang sudah . Ecehh . By the way , sampai ke saat ini , sejujurnya , aku belum lagi bersedia untuk memulakan semua itu . Aku taktau nasib aku sem3 nii macam mana . Memang kita takboleh nak predict nasib kita . Tapi , kadang-kadang hal tu laa yang mengganggu fikiran . Mungkin ajaa aku terkesan dengan kerisauan kawan aku tadi terhadap dirinya sendiri . Katanya , hatinya berat untuk balik semula ke penang . Bila dipikir-pikir semula . Memang , hati aku pon berat nak balik penang . Jauh dari keluarga , satu hal . Nanti mesti rindu mak abah , adek beradek semua *kesat air mata* Aku nii , memang dari form4 jauh dari keluarga . Yelaa , kena pergi belajar kat teknik Port Dickson , pastu dapat UiTM kat penang . Walau macam tu pon , setiap kali dapat balik ke rumah ,  cuti lama-lama , aku memang gembira tak terkata . Bila nak kena balik mana-mana , mesti hati pedih . Rasa macam nak teriak satu dunia . Tanak kemana-mana . Inilah diaa , anak manja *sigh* Tapi , still , takboleh merubah kenyataan yang aku kena jugak pergi , sambung belajar kat U sana . Kalau tak , macam mana nak capai impian , macam mana nak jaga mak abah . Hurm *terkelu* Pandang kedepan , baju aku , still tak habis packing lagii . Termenung jauh , pikir hal-hal kat kampus . Macam mana sem3 nanti . Boleh berjaya kee aku ? Kekal terjaga kee adab aku ? Tahap keimanan aku , akan jadi makin bertambah ke berkurang ? Nak pulak banyak perkara kat dunia nii kebanyakannya melalaikan .  Even hal-hal daftar subjek pon tak settle lagi . Banyak perkara yang tak settle lagi . Itu , ini . Astaghfirullah . Ya Allah , serabutnya aku :'(  Semenjak aku daftarkan diri kat teknik , hati aku tak pernah berada dalam keadaan tenang . Selalu kucar-kacir . Walaupun bukan selalu 'kucar-kacir' yang itu , tapi hati aku kucar-kacir yang entah aku sendiri tak paham . Memang aku dah boleh terima sepenuhnya course Electrical Engineering nii , walaupun time form5 dulu , last-last minute , baru terbukak hati aku , terasa nak jadi lawyer . Tapi , still , jodoh aku dengan Electrical Engineering ni kuat . Walau macam mana teringin gilaaa aku nak jadi peguam , Allah masih tentukan untuk aku supaya teruskan usaha aku dalam bidang Electric niii . Yaa , mungkin ada hikmah . InsyaAllah . Aku berharap , segalanya akan berubah menjadi sangat-sangat baik sem3 nanti , InsyaAllah . Semoga aku tak terus lalai , tak terus leka dengan perkara-perkara yang lagha , InsyaAllah . Semoga juga aku tak pernah melupakanMu , Ya Allah , InsyaAllah . Dan semoga juga aku tak pernah melupakan mak abah , keluarga aku , asal usul aku , NAWAITU aku kembali ke UiTM , InsyaAllah . Dengan lafaz Bismillah , aku bernawaitu dengan , sahaja aku kembali pulang ke kampus Bukit Mertajam , UiTM Pulau Pinang untuk meneruskan kembali usaha menuntut ilmu yang membawa kebaikan kepadaku dan semua orang semata-mata kerana Allah Taala . Amin . InsyaAllah . Alhamdulillah . Selamat tinggal Puncak Alam , semoga aku dapat kembali lagi , InsyaAllah .

aku ushaa lagu nii lama gilaa . first time dengar terus cair . nak pulak part chorus dia .
ohh , i swear to you~~ i be there for you ~~ *melting*

Sekian ajaaa . Dari aku , buat masa ini ;p

No comments:

Post a Comment

Popular Posts