Semalam , line internet problem sikit . So , memang tak dapat nak update entry kat blog . Now , bila line internet dah okay . Hati aku , jadi kucar-kacir . HAHA . Tajuk entry kali nii , bukanlah sebarang lirik lagu , mahupun tajuk karangan . Cumanya , aku nak berkongsi , ehem , sedikit topik berkaitan soalnya hati . Sehingga boleh menyebabkan hati kucar-kacir . Duhh , tiba-tiba terasa macam topik nii 'lame' . Tak sepatutnya dibincangkan . Tapi , kalau tak dibincang , lepastu disimpan jadi pekasam , merbahaya jugak . Ohh , aku dah start mengarut dah nii . Erm , lumrah hidup manusia nii , yang lelaki sukakan perempuan , dan perempuan sukakan lelaki . Tapinya , sebagaimana biasanya lumrah hidup manusia itu , masih ada batas agama yang melarang kita daripada melampaui batas . Aku tau . Dan kau pon tau bagaimana rasanya JATUH HATI dengan seseorang mahupun sesuatu itu . Mengapa aku tekankan JATUH HATI , bukannya JATUH CINTA ? Sebabnya , selagi antara lelaki dan perempuan itu , tiada ikatan yang sah yang membenarkan sesuatu yang halal dilakukan , perasaan yang dialami oleh si gadis ataupun si jejaka itu , hanyalah setakat JATUH HATI . Jikalau , mereka sudah diakadnikahkan , makanya layaklah digelar JATUH CINTA . Walaupun pada pendapat aku , rasa CINTA itu , hanya layak disalurkan kepada Allah yang Maha Esa . Kalau ajaa hati kita ini ada 100% isinya . 50% sudah pastilah isinya dipenuhkan dengan rasa cinta kepada Allah yang satu , dan juga rasa cinta kepada agama Islam kita yang penuh barakah . Bakinya pulaa , 20% untuk rasa cinta kita kepada mak dan abah , dan juga keluarga tercinta . 10% untuk sahabat-sahabat , masyarakat dan negara , 5% pula untuk yang lain-lain . jikalau laaa 50+20+10+5=85% . dan kita hitung pula 100-85=15% . Haaa , baki perasaan lagi 15% itu , barulah sepatutnya disalurkan kepada bakal pendamping hidup dan juga keluarganya . Sepatutnya begitulah kalau mengikut perkiraan aku . Kerana , kalau ajaaa berlaku apa-apa kepada mereka yang disayangi , hati kita masih boleh berdiri teguh . Tidak goyah , kerana kecintaan kita itu , pemilik paling besarnya , Allah yang Maha Berkuasa . Itu semua hanya pendapat aku sahaja . No Offense . Berkata-kata itu lagi senang daripada melakukan . True fact . Memang tak salah fakta tu . Sama jugak macam apa yang jadi kat aku nii . Walaupun bercinta itu , lumrah hidup sebagai seorang manusia . Tetapi dalam Islam , tetap tidak dibolehkan perhubungan istimewa antara sang lelaki dengan sang wanita sebelum berkahwin . Andai ajaa , sang lelaki dah berkenan dengan seorang wanita itu , tetapkan hati , mohon pada Allah , mintak petunjuk , mintak izin daripada keluarga perempuan itu . Aku cukup tak berkenan dengan majoriti status perhubungan remaja zaman sekarang . Tak ramai lelaki yang sanggup berjumpa dengan ibubapa perempuan yang menjadi idamannya , mahupun sahabatnya . Walaupun hanya sekadar sahabat , masih lagi , perempuan itu dibawah tanggungan ibubapanya . Makanya , kalaupun hendak berkawan , masih lagi perlu untuk meminta izin daripada walinya . Apatah lagi kalau untuk dijadikan bidadari hati . Err , maksud aku , isteri laa . Ehem . Sebenarnya , hikayat yang aku hendak kongsikan dengan korang , bukanlah sebegini ayatnya . Tapi tak mengapa , serba sedikit , sampai jugak maksud . Ada juga perkaitan .
Kalau BENAR CINTA , mustahil , kita akan ajak orang yang kita cinta melakukan dosa .
Sebab kalau BENAR CINTA , mesti kita hendak bersama sampai ke Syurga-Nya .
Tapi , sejauh mana , perasaan BENAR CINTA ini diaplikasikan dalam perhubungan lelaki perempuan masa sekarang ? Wallahu'alam . Renungkanlah .
Kalau berbicara tentang hati kucar-kacir , pastilah perkara pertama yang terlintas di pemikiran masing-masing , adalah mengenai perasaan terhadap seseorang . Kita manusia ini , selalu mudah leka , membiarkan hati kita kucar-kacir dengan 'jatuh' kepada orang lain . Aku pon , tak lari daripada 'jatuh' kepada seseorang juga . Cuma , aku berharap , 'jatuh' aku kali ini , sehingga hati menjadi kucar-kacir , akan berhenti setakat ini sahajaa . Kalau ajaa , 'si dia' yang tidak sedikit pon tau mengenai 'soal' ini merupakan jodoh aku , makanya , aku sangat bersyukur , Ya Allah . Jika bukan , hentikanlah , jauhkan laa perasaan hati kucar-kacir ini daripada selalu mengingatinya . Dan , letakkan perasaan hati kucar-kacir ini kepada 'si dia' yang sepatutnya yakni jodohku yang sebetulnya .
hanya sekadar gambar semata-mata , walaupun , hati aku selalu terdetik untuk melengkapkan penutupan auratku seperti itu , insyaAllah .
Aku ini , bukanlah seseorang yang dalam hati ada taman sentiasa , bukan juga seseorang yang berhati batu . Cuma , aku dikurniakan , sedikit ilham untuk bercerita tentang pelbagai hikayat aku kepada mereka diluar sana . Hikayat aku , bukanlah seperti hikayat seribu satu malam . Hikayat aku ini , tercipta , hasil daripada pembacaan mahupun pemerhatian terhadap sekeliling aku . Kerana , aku ini , hanyalah seorang pencerita dan pemerhati semata-mata .
Sekian ajaaa , untuk detik ini ^^
No comments:
Post a Comment