TuneList - Make your site Live

Saturday, July 13, 2013

khas untuk abah tersayang

Assalamualaikum dear readers,

Pagi sabtu camni, tetibe terasa nak share pasal abah. My only and forever superdaddy in the world. Abah yang selalu ade setiap waktu susah dan senang. Dan abah yang sungguh memahami walaupun jarang ketemu sebab aku still belajar kat penang ni haaa.

Dulu-dulu time kecik, yang aku still ingat dalam memory aku, aku manja dengan semua orang, sebab time tu aku anak yang last before adek lahir. And time tu aku paling manja dengan abah. Anak abah katakan ;p Kemana-mana aje, mesti dengan abah. Sampaikan satu masa tu, pergi zoo ke pergi tempat kat mana ntahh kat Melaka tuu, abah jugak yang dukung aku even penat camne pon. Aku ingat lagi time tu umur dalam 4, 5 tahun camtu kot.

Maybe sebab banyak berangan, soo banyak lupa memories sweet sweet time kecik-kecik dulu. Takpa, its okaay. Sebab nanti lama-lama aku mesti ingat kann, sebab life is always about flashback ;) Hmmph, rindu time kecik dulu. Sungguh rindu. Sebab time tu still takpaham lagi pasal kehidupan yang banyak jatuh dan bangun ni. Time tuu masih jadi anak kecil yang masih mentah taktau apa-apa melainkan hidup ketawa bahagia bersama keluarga tercinta.

Aku suka memerhati keliling. Dan aku juga selalu perhati semua ahli keluarga aku. In case kalau aku dah takde, aku bawak memories tentang dorang semuaa *kayy tetibe jiwang sentap semacam*

Hmpph, dari apa yang aku perhati, abah sangat rajin orangnya. Suka berusaha sungguh-sungguh nak dapatkan yang terbaik untuk keluarganyaa. Dan abah jugak seorang yang penyabar. Walaupun anak-anak abah terutamanya yang sorang ni, sangatlah susah nak jaga, degil yang amat :')

Abah tak kesah diri abah penat, asalkan anak-anak gembira. Kalau boleh, biar anak-anak dapat apa yang sepatutnya mereka dapat, walaupun time tu abah penat sakit tak berdaya :') Abah is my hero. Just like what I said, my only superdaddy in the world.


Abah pernah tulis dalam blog abah. Abah cakap, kalau dulu-dulu abah pernah rotan kami sebab nakal sangat, abah cakap, kalau boleh ulang balik semua tu, abah takkan rotan, sebab abah tanak berkasar dengan anak-anak abah. Abah takut, sebab perkara tu, kami jadi takut dengan abah, takut nak cakap dengan abah, takut nak sharing stories dengan abah. Tapi kann abah, orang yakin, adek, abang, kak ilah, kaknor dan orang sendiri paham, segala apa yang abah pernah buat, adalah untuk didik kami adik beradik, supaya jadi insan yang boleh berdikari, andai abah takde satu masa nanti :'(

Abah dan mak memang takdapat nak dicari ganti. Sebab abah terlalu sayangkan anak-anak abah, abah selalu ada untuk kami. Iyaa, memang mak pon ada. Dan mak pon memang takdapat nak dicari ganti semua. Tapi kali ni, aku nak cerita pasal abah. Abah yang sanggup tunggu aku yang selalu buat hal lambat bagai berjam-jam dengan sabar. Walaupun time tu dah lambat giler nak balik ke jalan kemana-mana ke. Abah tetap orang yang selalu sabar tunggu aku. Walaupun jugak dah berkali abah ingatkan tentang pentingnya tepati waktu.

Dan sebab abah sayang anak-anak abah, abah jaga elok-elok anak abah, terutamanya anak-anak perempuan abah. Abah lindungi kami, abah beri kami pelajaran agama yang sepatutnya, abah sentiasa ada setiap kali kami perlukan pendapat abah as a man. And abah takpernah bias atau pilih kasih antara kami.

Abah jugak antara orang yang paham apa yang aku rasa. Walaupun aku tak luahkan sepatah apa pon. Dan walaupun time tu abah dekat office dan aku kat kampus. Abah selalu cakap, "abah tau dan kenal anak abah, apa yang anak abah tengah buat dan apa yang anak abah rasa. Soo takpayah nak tipu abah, cakap jujur dengan abah". Itu yang abah selalu cakap kalau aku cuba-cuba nak sorok problem aku dari abah.

Abah jugak satu-satunyaa orang yang boleh buat aku dengar arahan dan nasihat , walaupun time tu aku terasa macam kenapa nak kene buat semua tuu. Abah is my saviour. Abah boleh buat aku nangis menyesal atas apa salah yang aku buat walaupun time tuu tak sampai berapa saat pon abah bukak mulut nak nasihat.

Abah dan mak are the person yang aku rasa kalau aku tak dengar suara dalam masa sehari, aku boleh risau bagai nak gila. Walaupun anak abah dan mak yang sorang ni takselalu luahkan apa yang ada dalam hati, tapi orang tau abah dan mak paham dan tauu yang orang sayang sangat-sangat kat mak abah. Aku bukanlaa orang yang senang nak cakap hal-hal penting dalam hati aku.

Nak-nak pulak bab kasih sayang camni, memang aku fail kalau masuk periksa. Aku takreti nak tunjuk sayang aku kat orang sebab aku takut aku akan merana kalau orang yang aku sayang hilang dari mata hati.
Kalau boleh aku jerit kat dunia betapa keluarga aku means everything for me, aku memang akan jerit awal-awal. Tapi masalahnyaa, aku ni pemaluu. Kononnnn. Hahaa =='

Bak kata cikgu kauselor aku satu masa dulu, cikgu tu pernah cakap yang, anak-anak melayu ni, dorang diajar untuk patuh dengan adat dan orang yang lebih tua. Dan disebabkan itulaaa, mereka membesar dengan cara susah nak luahkan apa yang ada dalam hati. Mereka jadi susah nak ekspresikan emosi mereka, kemarahan mereka, apatah lagi kesedihan mereka dan sebagainyaa laa. And since dari situ, aku belajar macam mana nak ekspresikan emosi aku, dan nampaknya tidak sebegitu berjaya.

Abah, walaupun orang jarang ekpresikan sayang orang kat abah, abah tetap my only superdaddy sampai bila-bila. Even if one fine day, kalau tiba jodoh sampai, and bakal suami orang akan ambil alih tanggungjawab untuk jaga orang, abah tetap the only man yang akan jadi superhero dihati. Dan orang sayang abah kerana Allah. I'm very proud to have you as my awesome daddy, abah :')

I tell you what. Abah is the most coolest superdaddy in my world :')

Bila tengok video nii, teringat dulu-dulu time belajar ngaji. Aku tak ingat kalau abah ade ajar macam ni, tapi yang penting aku tau, setiap kali aku tengok mana-mana ayah kat dunia nih, wajah yang pertama menjelma dalam otak dan hati adalah abah :)

Orang cakap, kita kene hargai sesuatu sebaik mungkin, sebab taktau bila sesuatu itu akan diambil oleh kita, dan taktau bila kita akan rasai lagi kebahagiaan camtu. Mungkin kita akan menyesal kalau tak hargai sunguh-sungguh. Dalam setiap doa aku selepas sembahyang, aku selalu doa untuk kebahagian dan kesenangan abah dan mak, dan jugak cikgu-cikgu, seluruh adik-beradik dan anggota keluarga aku, dan sahabat-sahabat serta saudara seislam aku.

Dan aku selalu harap dan berdoa, orang-orang yang disayangi aku dilindungi dari mana-mana kesakitan atau dugaan dunia. Aku rela, sekiranya sakit-sakit atau derita itu, di'transfer' kat aku. Biar abah mak dan yang laen-laen bahagia sentiasa. Sebab aku takmampu tengok walaupun setitik pon air mata sedih tumpah dari wajah mereka. Aku sayang abah dan mak. Sayang lebih lebih dari 150juta kali macam lagu Ainan Tasneem tuu.

Dan kalau nak tau, most of  things yang aku sayang dan aku ada, adalah pilihan dari abah. Dan jugak emak. Abah selalu pilih yang terbaik untuk aku, untuk anak-anaknya. Macam mana abah pilih pakaian yang terbaik untuk anak-anak perempuan abah pakai, macam tu jugak abah pilih keputusan yang kami belum mampu untuk pilihkan. Dan aku selesa dengan pilihan abah tuu. And kalau abah baca laa kan entry ni, kalau abah nak tauu, orang memang kalau boleh nak suruh abah pilih calon menantu abah untuk orang. Sebab orang tauu, setiap pilihan abah memang orang sentiasa suka. Hahaaa ;p

Walaupun aku takpernah cakap yang aku adore setiap apa yang abah buat, tapi aku tau, apa pon terjadi, abah tetap orang yang aku kagum dan hormat. Sebab abah laa satu-satunya lelaki yang ada dalam hidup aku, yang merupakan wali aku, dan jugak merupakan the only superdaddy in my world. I love my abah and mak. And my family too. May Allah bless and may Allah ease everything and everyone. 


And abah, you're that special person ;) If the entire world only celebrates Fathers Day once a year, but for me, everyday is a Fathers Day. Selamat Hari Bapa, Abah :')

Heyya you, dont you ever disturb my abah. Nampak niii? ;p

Orang selalu doa agar Allah panjangkan umur abah dan mak. Biar abah dan mak tengok hasil penat lelah abah dan mak jaga kami selama ni. Orang nak tengok abah dan mak bangga dan gembira tengok kejayaan kami adik-beradik. Angin, sampaikan salam aku buat abah mak dan keluarga tercinta di rumah sana. Ohh how I miss my home sweet home :'(

Thanks for reading. Jazkallah Khairan Khatira :')

Popular Posts