TuneList - Make your site Live

Thursday, May 30, 2013

Sebelah Sayap

Assalamualaikum dear bloggers,

Baru aje tadi aku tonton video terbaru dari MatLuthfi. Sangat-sangat menyentuh hati. Mengenai bagaimana masih ada sesetengah mereka yang 'dalam' dalam bidang agama, tapi masih skeptikal dengan mereka yang berusaha untuk bertaubat dan kembali ke jalan-Nya. Jujur aku cakap, memang apa yang cuba disampaikan oleh video ni, terkesan di hati. Hampir aja menitik air mata aku melihatnya.

Sedar tak sedar, kadang-kadang kita skeptikal terhadap orang yang nak melakukan perubahan. Sedar tak sedar, dalam kita cakap kita dah usaha nak ubah kawan kita yang perlukan perubahan tu, sebenarnya kita lagi menarik kawan kita itu ke 'zaman khilafnya', bukan 'zaman baharunya'. Semua tu sedar tak sedar jugak, disebabkan sikap skeptikal kita kepada golongan yang kita pikir, cuba laa nak berubah macam mana pon, memang tak dapat jugaklaa, sebahagian daripada mereka kembali ke takuk yang lama.

Dear bloggers,

Aku pun pernah melalui fasa-fasa itu. Walaupun ianya tidaklah serumit seperti yang dialami oleh Ihsan dalam video ni, aku paham, and aku mengerti apa yang golongan seperti Ihsan ni alami. And aku paham macam mana pahit peritnya kita berusaha nak berubah, tapi disebabkan skeptikalnya 'sekeliling' terhadap kita, perubahan yang kita cuba lakukan itu, melaut entah ke mana.

Kalau laa korang nak tau, semasa detik-detik perubahan yang nak dilakukan itulah, banyak dugaan yang timbul. Iman di hati harus kuat, Hati yang rapuh harus tabahkan, dan sokongan masyarakat sekeliling terutama keluarga dan sahabat yang tiap-tiap hari kita selalu ada dengannya harus gigih kasi sokongan. Bukan sekadar bercakap, bernasihat dengan cara yang makin menjatuhkan semangat kita.

Macam yang kita tengok dalam video bawah ni, sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi apa yang terjadi pada Ihsan sebenarnya. And macam yang kita lihat, bagaimana setiap kali ada sahabat yang merendahkan usahanya untuk berubah, Ihsan jadi kembali lemah semangat, kembali pada dirinya yang sebelum itu. MasyaAllah, kasih sayang Allah itu sangatlah luas dan tidak terhingga buat hamba-hambaNya. Allah itu Maha Menyayangi, DIA kirimkan seorang sahabat yang setia kekal bersama Ihsan untuk sama-sama membantu Ihsan kembali ke pangkal jalan.

Aku bukanlah sebaik mana, 'Ilmu aku pon taklah sedalam mana, tapi yang mana boleh aku kongsi bersama korang, aku kongsi. Kalau ada aku tersalah kasi pendapat atau pandangan, mintak ditegur secara baik. Kat bawah ni, aku sharekan video MatLuthfi yang terbaru, tajuk dia Sebelah Sayap. May Allah bless :)


No comments:

Post a Comment

Popular Posts