TuneList - Make your site Live

Friday, May 31, 2013

Secrets

Assalamualaikum dear bloggers.

Hekss, tak terasa nak cakap pape. Serabut, iyaa kepala saya serabut. Hati tak center. Taktau macam mana lagi nak pulih. Hanya Allah saja yang tahu hal sebenarnya. Dan sekarang ni diri ni dah terasa sesak hidup udara dalam rumah tak sampai satu tahap nak suruh mak abah buat shopping marahons this weekends. Mak abah, jomm shops pleeeasseee. Tsk tsk.


"Secrets"
(originally by OneRepublic)
I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
Til' all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw wink, no
I've been on the brink, so

Oooh,
Amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away
This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
Oooh, Oooh, Oh, Oh, Oh
All my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, All my secrets away

p/s : only Allah knows how much I wish to tell you all my secrets *sigh*

Thursday, May 30, 2013

Sebelah Sayap

Assalamualaikum dear bloggers,

Baru aje tadi aku tonton video terbaru dari MatLuthfi. Sangat-sangat menyentuh hati. Mengenai bagaimana masih ada sesetengah mereka yang 'dalam' dalam bidang agama, tapi masih skeptikal dengan mereka yang berusaha untuk bertaubat dan kembali ke jalan-Nya. Jujur aku cakap, memang apa yang cuba disampaikan oleh video ni, terkesan di hati. Hampir aja menitik air mata aku melihatnya.

Sedar tak sedar, kadang-kadang kita skeptikal terhadap orang yang nak melakukan perubahan. Sedar tak sedar, dalam kita cakap kita dah usaha nak ubah kawan kita yang perlukan perubahan tu, sebenarnya kita lagi menarik kawan kita itu ke 'zaman khilafnya', bukan 'zaman baharunya'. Semua tu sedar tak sedar jugak, disebabkan sikap skeptikal kita kepada golongan yang kita pikir, cuba laa nak berubah macam mana pon, memang tak dapat jugaklaa, sebahagian daripada mereka kembali ke takuk yang lama.

Dear bloggers,

Aku pun pernah melalui fasa-fasa itu. Walaupun ianya tidaklah serumit seperti yang dialami oleh Ihsan dalam video ni, aku paham, and aku mengerti apa yang golongan seperti Ihsan ni alami. And aku paham macam mana pahit peritnya kita berusaha nak berubah, tapi disebabkan skeptikalnya 'sekeliling' terhadap kita, perubahan yang kita cuba lakukan itu, melaut entah ke mana.

Kalau laa korang nak tau, semasa detik-detik perubahan yang nak dilakukan itulah, banyak dugaan yang timbul. Iman di hati harus kuat, Hati yang rapuh harus tabahkan, dan sokongan masyarakat sekeliling terutama keluarga dan sahabat yang tiap-tiap hari kita selalu ada dengannya harus gigih kasi sokongan. Bukan sekadar bercakap, bernasihat dengan cara yang makin menjatuhkan semangat kita.

Macam yang kita tengok dalam video bawah ni, sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi apa yang terjadi pada Ihsan sebenarnya. And macam yang kita lihat, bagaimana setiap kali ada sahabat yang merendahkan usahanya untuk berubah, Ihsan jadi kembali lemah semangat, kembali pada dirinya yang sebelum itu. MasyaAllah, kasih sayang Allah itu sangatlah luas dan tidak terhingga buat hamba-hambaNya. Allah itu Maha Menyayangi, DIA kirimkan seorang sahabat yang setia kekal bersama Ihsan untuk sama-sama membantu Ihsan kembali ke pangkal jalan.

Aku bukanlah sebaik mana, 'Ilmu aku pon taklah sedalam mana, tapi yang mana boleh aku kongsi bersama korang, aku kongsi. Kalau ada aku tersalah kasi pendapat atau pandangan, mintak ditegur secara baik. Kat bawah ni, aku sharekan video MatLuthfi yang terbaru, tajuk dia Sebelah Sayap. May Allah bless :)


Friday, May 24, 2013

PDO 2013

Assalamualaikum dear bloggers,

Harini aku nak share pasal PDO 2013. Sebabkan cuti ni pon aku busy dengan hal laen, sedar tak sedar PDO untuk tahun ni baru je abes. As expected, team UiTM Shah Alam yang menang. Aku tak terkejut, dah boleh agak dah. Sebab team dorang antara team yang memang superbly awesome dalam debat. Aku pon kalau suruh lawan debat dengan dorang, agak-agak aku dah boleh kot pengsan sebab nervous and cuak sangat time tu. Hahaha. Nasib baik tak pernah jadi lagi *pheww*

Well well, agak terkilan sebenarnya since aku takdapat join. Aku tak join sebab ade hal yang aku tak dapat nak cakap. Tapi seriously rasa terkilan kot, sebab semenjak aku active balik dalam kelab debat, aku tak pernah miss laa tournament yang aku kena join dengan UiTM Penang punya debaters yang bagi aku sangat awesome. Sepanjang yang aku kenal dorang, banyak yang aku belajar. Even dalam kelab tu, untuk debat bahasa melayu, aku aje satu-satunya perempuan yang sama sem dengan dorang, aku takde laa terasa macam kene pinggir ke hape ke. Dorang take care aje aku even takde laa nampak sangat (kot). Haihhh.

Cuma untuk sem lepas, sem empat, aku hadkan penglibatan aku dalam kelab. And untuk PDO pulak memang aku tak dapat tolong. Like seriously memang tak dapat tolong. Lappy aku the whole semester lepas rosak teruk. So, the whole semester nak tanak kena redah jugak hidup tanpa lappy. Imagine macam mana budak enginee blaja tanpa lappy, sangat susah kayy.

 Then, herm, tadi aku sempat usha zick punya fb, so, find out team debat kitorang kali ni tak dapat ke pusingan akhir. Serious aku cakap, memang rasa macam sedih giler laa. Yelaa, banyak giler masalah untuk uruskan tournament kali ni. And aku sangat sangat bersimpati kat debate teammates aku atas masalah yang dorang hadapi. Harap PDO tahun depan berjalan dengan lancar laa gamaknyaa. Sebab insyaAllah, aku akan usahakan untuk betul-betul join tournament tu tahun depan.

And I dont know whyy. Cuti kali ni emosi aku agak melodramatik *sigh* Kadang-kadang tetibe aje boleh rindu moments dengan ikramies laaa, rindu moments time tournament dengan debaters laa. Huwaaa. Apa sudahh jadi sama guaaa? *confius*

Tadi time tengah kaum lelaki solat jumaat tadi, mak bukak radio ikim and at that time aku tengah busy kat dapur, so dengan aku sekali dengar khutbah jumaat, and khatib tu (err, khatib kan orang panggil?), haa khatib tu ade cakap pasal gembiranya dia bila tengok kondisi sekarang anak muda semakin bangkit untuk memperjuangkan hak dan kebenaran. Sama macam time zaman Sultan Muhammad Al-Fatih dulu-dulu.

 Dengar khutbah jumaat tadi, lagi laa buat aku teringatkan dorang, teammates debate aku. Even takde laa sekerap dan selama mana aku lepak dengan dorang, still, aku boleh nampak semangat yang diperkatakan oleh khatib tadi ade dekat dorang. And tak perlu aku mention laa sapa and apa yang dorang dah buat kan. Cuma, aku nak cakap yang semua tu buat aku teringat kat dorang and buat aku diam-diam sebenarnya kagum dengan semangat dorang. May Allah bless, InsyaAllah :)

Ni gambar time UiTM VC Cup '12. Kyaa, rindunyaa nak stay dalam tournament dengan dorang.


She maybe the face I can't forget

Assalamualaikum dear bloggers,

Entry kali ni bukanlah sesi luahan perasaan pekemenda. Cuma nak share satu lagu yang awesome pasal perempuan yang dinyanyikan oleh Elvis Costello. Waaa, gua sudah jatuh chentaa sama ini lagu. Bak kata  IniAnwarHadi dalam version yang aku edit sikit-sikit. Kalau dah dengar lagu lebih dari dua tiga kali bukanlah setakat suka tuu, itu namanyaa chenntaaaaa. Hikhikk.




Lyrics : She - Elvis Costello

She 
May be the face I can't forget 
The trace of pleasure or regret 
May be my treasure or the price I have to pay 

She 
May be the song that summer sings 
May be the chill that autumn brings 
May be a hundred different things 
Within the measure of a day

She 
May be the beauty or the beast 
May be the famine or the feast 
May turn each day into a heaven or a hell 
She may be the mirror of my dreams 
The smile reflected in a stream 
She may not be what she may seem 
Inside her shell 

She 
Who always seems so happy in a crowd 
Whose eyes can be so private and so proud 
No one's allowed to see them when they cry 
She 
May be the love that cannot hope to last 
May come to me from shadows of the past 
That I'll remember till the day I die 

She 
May be the reason I survive 
The why and wherefore I'm alive 
The one I'll care for through the rough and ready years 
Me 
I'll take her laughter and her tears 
And make them all my souvenirs 
For where she goes I've got to be 
The meaning of my life is 

She
She, oh she

Lirik lagu ni pon memang awesome kann. Hehehh. Hmmph, try laa dengar and hayati dengan penuh teliti. Ecehhh. HAHAHA. Btw, surely I think you'll love it ;)

p/s : aku sangat sure, kalau korang tuju lagu ni untuk chenta hati yang tersayang, mesti si diaa cair macam aiskrim gelato yang yummylicious ;)

Thursday, May 23, 2013

How to make a simplest doughnut

Assalamualaikum dear bloggers,

Donut ni bukanlah resipi kedua yang aku dah buat. Tapi sebab baru je cuba petang tadi, and hasilnya pulak, bolehlaa ade jugaklah rasa donut tu. Soo, aku rasa aku nak share dengan korang resipi dia. Taklah serumit resipi lain kat Internet tu, aku ambik resipi mak aku and aku edit sikit.

Resipi Donut Simple

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum biasa
1 1/2 sudu biasa buttercup
1/2 sudu biasa gula biasa
1 biji telur ayam
2/4 dari 11gram yis mauripan (paket kecil)

Cara-cara

  1. Tuangkan yis kedalam bekas kecil. Campurkan dengan sedikit air suam. (kalau air suam tu agak-agak terlebih panas, campur dengan air paip atau air kosong sikit). Letakkan gula kedalam adunan yis. Kacau 2-3 minit dan biarkan kembang.
  2. Campurkan tepung yang dah diayak, buttercup dan telur. Kacau guna senduk. Bila yis dah kembang, masukkan yis tu kedalam adunan tepung tadi. Kacau sampai hilang air yis tu.
  3. Uli guna tangan. Kalau boleh jangan tinggal sikit pon tepung dalam bekas adunan tu. Tutup dengan plastik pembalut makanan atau kain basah. Biarkan kembang dalam 10minit camtu.
  4. Bila adunan dah kembang, uli lagi sekali. Kali ni uli bulat-bulat kecil. Biarkan kembang dalam 3-4minit camtu.
  5. Dah betul-betul kembang, uli ikut bentuk donut yang korang suka. Donut bulat ke donut gulung ke. Tapi kalau nak buat donut gulung, pastikan hujung simpulan tu, korang simpul betul-betul. Sebab kalau longgar, nanti time masak tak jadi gulungan tu sebab kan ade telur dalam adunan tu, jadi adunan akan mengembang. 
  6. Panaskan kuali dan masak donut tu. Haa, jangan lupa perhati api dapur sebab sekejap je goreng sebenarnya.
  7. Dah siap masak, kalau korang nak salut dengan gula, salut dengan gula, kalau nak salut dengan coklat, cairkan coklat masakan and celup and makannn! :)

 Ini contoh donut gulung

And ini contoh donut biasa

Gambar donut tu, kedua-dua aku ambik dari Internet. Harap maklum yaa. Hmmph. Untuk pengetahuan, adunan kat atas ni kira separuh je adunan dari resepi donut biasa sebab aku first time buat. Mak selalu cakap, kalau masak desserts jenis macam ni, buatlah separuh adunan aje. Sebab kalau tak jadi, tak membazir sangat and tak terpaksa sangat nak abeskan makanan. And kalau jadi, boleh try lagi. Hikhik. Selamat mencuba ;)

How to bake a yummylicious Cupcakes

Assalamualaikum dear bloggers,

The very very first recipe yang aku nak share dengan korang adalah how to bake a very simple yet yummylicious cupcakes. Disebabkan cupcakes menjadi trend zaman kini (kot) and aku pon memang suka makan desserts ala-ala yummylicious gitu, soo, aku dengan bersemangatnyaa google resipi cupcakes. And to be exact, bersepah resipi cupcakes kat internet. Dalam english pon iya, and dalam bm pon iya. Aku nak kata terror terry masak tu takdelah. Tapi kalau dapat resipi and tetibe pulak datang angin rajin tu, haa, memang kelentung kelentang laa dapur tuu. And aku kalau dah dapat resipi, aku akan banding-bandingkan dulu, try yang mana paling best and ubah ikut gaya aku sendiri. At the end, jadilah resipi aku sendiri. Hikhik.

Okaay, berbalik pada recipe cupcakes tu tadi. Sebenarnya, orang selalu pikir, makanan yang selalunya sedap tu sangat susah nak dibuat. Meh sini aku bagitau. Semua yang kita tengok, waaaa, ni mesti susah nak buat ni, sebenarnyaa, kalau kita betul-betul cuba, InsyaAllah senang laa nak buat. And untuk confirmation, aku dah cuba resipi ni banyak kali. And setiap kali, Alhamdulillah menjadi. So, lets try it ;)

Resipi Vanilla Cupcakes (boleh sampai 50 serving)

Bahan-bahan :
2 cawan tepung kek blue key
1 1/2 cawan tepung gandum biasa
1 buku buttercup / 1 1/2 cawan marjerin
1 1/4 gula biasa
6 biji telur ayam
1 cawan besar susu segar goodday
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk penaik (kalau nak letak, kalau tanak tak perlu, sebab tepung kek tu self-rising)
2 sudu besar serbuk koko van houten (boleh je taruk seberapa banyak yang korang nak, lagi banyak kita letak lagi rasa chocholate tau) - ini kalau nak buat chocholate cupcakes

Cara-cara :

  1. Masukkan buttercup tadi dengan gula. Putar dengan mixer sampai sebati.
  2. Bersama adunan tadi, masukkan pula telur ayam satu persatu dan putar.
  3. Campuran tepung yang telah diayak tadi dimasukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. (Kalau tepung kek takde, boleh je semuanya guna tepung gandum biasa, sukatannya 3 1/2 cawan)
  4. Kemudian masukkan susu. Time nak masukkan ni pon, kene sedikit demi sedikit sebab takut nanti terlebih cair. (Boleh je guna susu sejat cair Ideal tu, tapi kalau nak lebih fluffy and melekat dalam mulut time kek dah masak, guna susu segar)
  5. Bila adunan dah semua sebati, time tu memang adunan pon InsyaAllah lembut menjadi aje, masukkan esen vanilla. Putar dengan mixer and taraaa, dah siap dahh adunan. (Kalau nak buat perisa coklat pon sama je. Just letak serbuk koko tu ikut berapa banyak yang korang nak, then kat adunan tu, kalau nak buat chocholate cupcakes takyah letak esen vanilla, kalau nak rasa lebih chocholate, try letak esen chocholate.)
  6. In case kalau-kalau nak try buat chocholate vanilla cupcakes ala-ala marble cupcakes. Boleh campur dua-dua adunan, letak sebelah menyebelah, then lorekkan/ putar perlahan dengan lidi cucuk sate atau garfu.
  7. Panaskan oven dalam 5-6 minit camtu.
  8. Masukkan adunan ke dalam bekas cupcakes atau muffin. Jangan penuh sangat isi sebab nanti time bakar, adunan mengembang, so takut nanti melimpah.
  9. Dah siap masukkan adunan dalam bekas tuu, masukkan ke dalam oven. Set suhu oven dalam 180o and bakar selama 20-30 minit camtu. Kene sentiasa tengok adunan dalam oven tu laa sebab setiap oven berbeza kan. 
  10. Bila dah siap semuanya, dah boleh makan camtu je. Kalau rajin sikit, boleh letak frosting. Frosting ni sebenarnya senang nak buat, tapi ikut selera orang laa. Sebab lain orang, lain caranya.
Ni gambar contoh ambik dari Internet aje. Kalau sempat nanti aku share gambar cupcakes yang aku buat. Suppose to kalau dah siap semuanya, siap letak frosting sekali, memang luarannya hampir sama macam yang kat atas :)

Selamat mencuba ;)

Masak Masak Masak

Assalamualaikum dear bloggers,

Well well, bila pikir-pikirkan balik, selain dari update hikayat aku, takde ape yang menarik untuk dibaca. Kannn? Soo, aku decide nak share segala resipi yang aku ambil dari internet or sesape, and then aku ubah jadi resipi aku sendiri a 'lil bit. And Alhamdulillah setakat ni menjadi.

Aku bukanlah si gadis ayu menawan yang bab masak memasak ni ala ala petik jari. Aku jugak bukanlah si gadis gagah yang bisa buat apa-apa je. Aku hanya seorang gadis plain jane yang hanya mampu buat segalanya dalam keadaan yang sederhana dengan usaha terbaik aku. Ehemm, terrdrama pulak. Hikhik.

Ermm, soo, tak macam gadis remaja zaman sekarang yang kalau masuk mall and dapat peluang shopping, mesti kedai pakaian atau kasut yang dorang masuk. Aku lebih excited kalau dapat shopping barang-barang dapur atau barang-barang rumah. Rasa macam orang besar yang dah ade gaji and rumah sendiri you know. Hahaha. Tipu laa kalau aku cakap aku tak excited nak shopping kasut and etc. Tapi macam aku cakap, rasa excited tu terlebih lebih bila dapat shopping barang dapur. Heee.

Gambar dari internet. Tapi like seriously, kalau laa dapat dapur yang luas camni, heaven giler time memasak. Semua lengkap. 

Hmmph. Dapur impian. How I wish that will come true. Haihh. Well. Even sekarang ni, umur dah masuk 20-an, tapi secara ringkasnya aku masih tak rasa yang aku ni dah nak masuk umur harus kahwin or so on. Ehemm. Makanya, bila aku melibatkan diri aku dalam bab masak memasak ni, secara tak langsung, dah terasa laa yang diri ni dah tak macam budak-budak main galah panjang lagi ;p

Tiba-tiba terasa diri ni dah tua. Haihh.

Jadinyaa, kalau korang rajin, sila-sila laa mencuba resipi yang aku dah ubah sikit-sikit jadi resipi sendiri ni haa. Heee.

Thursday, May 9, 2013

Result dan Perubahan

Assalamualaikum dear bloggers.

Harini hari aku dapat result untuk semester yang keempat. Result camne? Alhamdulillah. Walaupun bukan flying colours tapi still dapat buat aku sambung semester seterusnya. Abah dan mak pon terima result aku. Alhamdulillah. Even orang belum lagi dapat result flying colour yang mampu buat mak abah rasa teramat gembira. Orang janji. Satu masa nanti, InsyaAllah, muka orang yang mak ngan abah tengok amik hadiah kat atas pentas tu. Macam mana pon, memang aku sangat speechless tengok result tadi. Syukur Ya Allah. Banyak banyak terima kasih :')


Guess what. Jeng jeng.. Aku dah nak masuk final year dah. Yelaa. Next sem kan dah sem 5. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sekejap je tengok tengok dah nak abes diploma dah. Tengok tengok dah grade. Pastu sambung degree. InsyaAllah :)

And harini jugak aku belajar something. Apa yang terucap kat mulut kadang kadang memang susah nak diaplikasikan dalam perbuatan. Contoh laa kan, orang tu cakap dia nak berubah. Mula mula memang nampak perubahannya. Tapi lama lama, perubahannya tak kekal. Tak istiqamah. Satu perkara yang aku nak cakap. Kalau nak berubah ni sangat susah. Apatah lagi nak berubah ke arah kebaikan. Kalau kita tak hari hari usaha kuatkan diri dengan iman, memang susah nak kekalkan perubahan tu. Godaan syaitan sangat kuat terhadap golongan golongan macam ni. Jadinya. Yang aku paham, kalaulaa kita cuba nak buat perubahan, mungkin akan ada satu masa rasa macam diri kita ni tak sekuat mana. Rasa macam nak give up gitu. Tapi yang aku tau, hanya ada satu perkara yang patut kita buat time tu. Back to Allah. Turn to Allah. Hanya Allah saja tempat kita mengadu dan mengabdikan diri. Kalau rasa susah hati sebab hati dah start berbolak balik nak  jadi macam dulu, Back to Allah. Always back to Allah wahai sahabat. Sebab hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dan, untuk kembali pada Allah. Kita kene sentiasa dekatkan diri denganNya. Macam mana? Solat di awal waktu, sentiasa bertadarus Al-Quran. Walau macam mana sibuk pon, jangan sekali-kali tinggal solat, dan jangan sekali-kali tinggalkan Quran. That also a reminder to myself. Sebab aku pernah terbaca, selangkah kita tinggalkan Al-Quran, sepuluh langkah kita akan ditinggalkan oleh Al-Quran. Dan sungguh rugi laa orang yang mensia-siakan hidupnya dengan meninggalkan amalan yang diperintah oleh Allah.


Abah selalu cakap, untuk berjaya ni, banyak caranya. Dan cara yang paling mudah ialah selain daripada usaha sungguh-sungguh, sentiasalah berusaha gembirakan mak abah. Sentiasa berdoa pada Allah. Sentiasa berusaha memohon keredhaan Allah dan ibu bapa. Sebab dalam banyak-banyak perkara yang ada dalam dunia ini, itulah keutamaannya. Keredhaan. Keberkatan. Doa. Usaha. Tawakal. Macam itu jugaklaa time kita berusaha nak membuat perubahan diri. Kalau kita nak jadi yang lebih baik daripada semalam. Perkara-perkara yang lagha kena kita tinggalkan. Perkara-perkara yang melalaikan kene kita tinggalkan. Memang tak salah kita buat semua tu. Tapi kalau iman kita still tak kuat. Dan kalau kita buat semua tu boleh buat kita jadi macam dulu balik. Tinggalkan. Tinggalkan. Dan tinggalkan. InsyaAllah, akan dipermudahkan usaha kita. Dan akan dipermudahkan istiqamah perubahan kita. InsyaAllah. Sekian.  


Popular Posts