TuneList - Make your site Live

Saturday, June 9, 2012

Permulaan Yang Baru

Assalamualaikum dear bloggers ,

Oleh kerana semalam , last day aku kat Puncak Alam , sebelum balik semula ke Penang , aku sekeluarga pergi makan-makan , Alhamdulillah . Walaupun bukan makan untuk meraikan aku sambung kembali pelajaran aku , tak mengapa , semuanya Alhamdulillah . Tadi makan bersama dengan family Pakcik Lee , kawan abah yang baik hati ;p Makan banyak-banyak sampai rasa tak larat nak habiskan . Tapi , aku try habiskan jugak . Yelaa , kat Penang nanti , payah nak makan banyak-banyak , mewah-mewah cenggini . Makanya aku harus bersyukur , kan ? Hurm , Alhamdulillah . Pagi nanti , lepas solat suboh , bermulalah episod baru dalam hidup aku yang agak , hah , entahlah . Bukanlah nak mengeluh . Alhamdulillah , aku bersyukur dengan apa adanya aku sekarang niii . Walaupun tak semua yang dikehendaki , diperoleh . Tapi aku percaya dengan janji Allah . Itu yang penting . Makanya , suboh nanti , aku sekeluarga akan bertolak balik ke penang . Alhamdulillah , pulangnya aku sem3 nii , dihantar oleh keluarga , bukannya bas lagi *terharu* Ehem . Bermulanyaa sem baru , orang baru , pelajaran baru , tugasan baru , kawan baru , cinta hati baru , ehh ? Haha , bukan bukan . Bukan cinta hati yang baru . Sebab aku mana pernahnya ada cinta hati semenjak putus kasih dengan Shafiq setahun lebih yang sudah . Ecehh . By the way , sampai ke saat ini , sejujurnya , aku belum lagi bersedia untuk memulakan semua itu . Aku taktau nasib aku sem3 nii macam mana . Memang kita takboleh nak predict nasib kita . Tapi , kadang-kadang hal tu laa yang mengganggu fikiran . Mungkin ajaa aku terkesan dengan kerisauan kawan aku tadi terhadap dirinya sendiri . Katanya , hatinya berat untuk balik semula ke penang . Bila dipikir-pikir semula . Memang , hati aku pon berat nak balik penang . Jauh dari keluarga , satu hal . Nanti mesti rindu mak abah , adek beradek semua *kesat air mata* Aku nii , memang dari form4 jauh dari keluarga . Yelaa , kena pergi belajar kat teknik Port Dickson , pastu dapat UiTM kat penang . Walau macam tu pon , setiap kali dapat balik ke rumah ,  cuti lama-lama , aku memang gembira tak terkata . Bila nak kena balik mana-mana , mesti hati pedih . Rasa macam nak teriak satu dunia . Tanak kemana-mana . Inilah diaa , anak manja *sigh* Tapi , still , takboleh merubah kenyataan yang aku kena jugak pergi , sambung belajar kat U sana . Kalau tak , macam mana nak capai impian , macam mana nak jaga mak abah . Hurm *terkelu* Pandang kedepan , baju aku , still tak habis packing lagii . Termenung jauh , pikir hal-hal kat kampus . Macam mana sem3 nanti . Boleh berjaya kee aku ? Kekal terjaga kee adab aku ? Tahap keimanan aku , akan jadi makin bertambah ke berkurang ? Nak pulak banyak perkara kat dunia nii kebanyakannya melalaikan .  Even hal-hal daftar subjek pon tak settle lagi . Banyak perkara yang tak settle lagi . Itu , ini . Astaghfirullah . Ya Allah , serabutnya aku :'(  Semenjak aku daftarkan diri kat teknik , hati aku tak pernah berada dalam keadaan tenang . Selalu kucar-kacir . Walaupun bukan selalu 'kucar-kacir' yang itu , tapi hati aku kucar-kacir yang entah aku sendiri tak paham . Memang aku dah boleh terima sepenuhnya course Electrical Engineering nii , walaupun time form5 dulu , last-last minute , baru terbukak hati aku , terasa nak jadi lawyer . Tapi , still , jodoh aku dengan Electrical Engineering ni kuat . Walau macam mana teringin gilaaa aku nak jadi peguam , Allah masih tentukan untuk aku supaya teruskan usaha aku dalam bidang Electric niii . Yaa , mungkin ada hikmah . InsyaAllah . Aku berharap , segalanya akan berubah menjadi sangat-sangat baik sem3 nanti , InsyaAllah . Semoga aku tak terus lalai , tak terus leka dengan perkara-perkara yang lagha , InsyaAllah . Semoga juga aku tak pernah melupakanMu , Ya Allah , InsyaAllah . Dan semoga juga aku tak pernah melupakan mak abah , keluarga aku , asal usul aku , NAWAITU aku kembali ke UiTM , InsyaAllah . Dengan lafaz Bismillah , aku bernawaitu dengan , sahaja aku kembali pulang ke kampus Bukit Mertajam , UiTM Pulau Pinang untuk meneruskan kembali usaha menuntut ilmu yang membawa kebaikan kepadaku dan semua orang semata-mata kerana Allah Taala . Amin . InsyaAllah . Alhamdulillah . Selamat tinggal Puncak Alam , semoga aku dapat kembali lagi , InsyaAllah .

aku ushaa lagu nii lama gilaa . first time dengar terus cair . nak pulak part chorus dia .
ohh , i swear to you~~ i be there for you ~~ *melting*

Sekian ajaaa . Dari aku , buat masa ini ;p

Marry You

Assalamualaikum dear bloggers ,

Oppsss . Jangan salah paham . Bukannya ada sapa-sapa yang nak kahwin . Cuma , aku nak share , lagu yang first video dia aku tengok , terus cair jatuh hati . Hew hew :3 HAHA . Well , as usual , kadang-kadang , bab-bab lagu nii , aku memang tade feel nak dengar lagu yang payah nak paham . Semua ni start tahun lepas . Kan Bruno Mars keluar lagu Marry You tu , then , kat GLEE pon , dorang ada nyanyi gak . Pastu , our Super Junior oppas pon ada keluarkan lagu Marry You , tapi tak samalaa content dengan Marry You omputih tuu . Tajuk jaa sama . Chait . Tak kesah laaa , yang penting , semua aku suka . Haha . Orang akan cakap yang aku nii old school . Sekarang dah famous lagu lain . Baru aku nak share lagu nii . But , takpeduli okay . Its , my blog . My Talks In My Own World , HAHA ;p

Marry You - GLEE version ^^

Marry You - Bruno Mars

Super Junior oppas punya Marry You <3


Sekian , dari aku :)

Pretty Pretty Puhh-leaseeee~

Assalamualaikum dear bloggers ,

Pagi-pagi buta cenggini , aku tade laa terasa nak merapu apa-apa . Nak pulak bukak hikayat aku kan . Memang tak kuasa laa . Sepatutnya sekarang nii , aku sibuk menyepahkan dan mengemas barang untuk dibawak balik ke penang pagi nanti . Tapi biasa laa . Like always , aku mana pernah suka bab-bab nak mengemas barang nak tinggalkan rumah ni *buat muka ketat* Selalunya , kalau aku dah rajin tahap ala-ala perempuan melayu terakhir tu , mesti sekarang nii dah settle semua . Masalahnyaaa , sekarang TAK RAJIN . woaaahhh *nganga besar* Makanyaa , aku menulis sekarang niii , saja jaaa . Yelaa kan , pagi nanti nak balik penang *sigh*Cuma nak kongsi lagu nii jaa . I dont know why . Tapi aku rasa bilaa GLEE nyanyi , sounds great . Tambah-tambah part chorus . Ohh yeahhh ! *sorak gembira* Terasa macam aku niii , perempuan dalam lagu yang dorang nyanyi tu *buat muka perasan terharu* HAHA , memang aku tengah serabut sampai menaip ayat pon , merapu abes . Okay , jeng jeng jeng *bunyi gendang*




Sekian ajaaa , dari aku , buat masa ini ;p 

Friday, June 1, 2012

Hati Kucar-Kacir

Assalamualaikum dear bloggers ,

Semalam , line internet problem sikit . So , memang tak dapat nak update entry kat blog . Now , bila line internet dah okay . Hati aku ,  jadi kucar-kacir . HAHA . Tajuk entry kali nii , bukanlah sebarang lirik lagu , mahupun tajuk karangan . Cumanya , aku nak berkongsi , ehem , sedikit topik berkaitan soalnya hati . Sehingga boleh menyebabkan hati kucar-kacir . Duhh , tiba-tiba terasa macam topik nii 'lame' . Tak sepatutnya dibincangkan . Tapi , kalau tak dibincang , lepastu disimpan jadi pekasam , merbahaya jugak . Ohh , aku dah start mengarut dah nii . Erm , lumrah hidup manusia nii , yang lelaki sukakan perempuan , dan perempuan sukakan lelaki . Tapinya , sebagaimana biasanya lumrah hidup manusia itu , masih ada batas agama yang melarang kita daripada melampaui batas . Aku tau . Dan kau pon tau bagaimana rasanya JATUH HATI dengan seseorang mahupun sesuatu itu . Mengapa aku tekankan JATUH HATI , bukannya JATUH CINTA ? Sebabnya , selagi antara lelaki dan perempuan itu , tiada ikatan yang sah yang membenarkan sesuatu yang halal dilakukan , perasaan yang dialami oleh si gadis ataupun si jejaka itu , hanyalah setakat JATUH HATI . Jikalau , mereka sudah diakadnikahkan , makanya layaklah digelar JATUH CINTA . Walaupun pada pendapat aku , rasa CINTA itu , hanya layak disalurkan kepada Allah yang Maha Esa . Kalau ajaa hati kita ini ada 100% isinya . 50% sudah pastilah isinya dipenuhkan dengan rasa cinta kepada Allah yang satu , dan juga rasa cinta kepada agama Islam kita yang penuh barakah . Bakinya pulaa , 20% untuk rasa cinta kita kepada mak dan abah , dan juga keluarga tercinta . 10% untuk sahabat-sahabat , masyarakat dan negara , 5% pula untuk yang lain-lain . jikalau laaa 50+20+10+5=85% . dan kita hitung pula 100-85=15% . Haaa , baki perasaan lagi 15% itu , barulah sepatutnya disalurkan kepada bakal pendamping hidup dan juga keluarganya . Sepatutnya begitulah kalau mengikut perkiraan aku . Kerana , kalau ajaaa berlaku apa-apa kepada mereka yang disayangi , hati kita masih boleh berdiri teguh . Tidak goyah , kerana kecintaan kita itu , pemilik paling besarnya , Allah yang Maha Berkuasa . Itu semua hanya pendapat aku sahaja . No Offense . Berkata-kata itu lagi senang daripada melakukan . True fact . Memang tak salah fakta tu . Sama jugak macam apa yang jadi kat aku nii . Walaupun bercinta itu , lumrah hidup sebagai seorang manusia . Tetapi dalam Islam , tetap tidak dibolehkan perhubungan istimewa antara sang lelaki dengan sang wanita sebelum berkahwin . Andai ajaa , sang lelaki dah berkenan dengan seorang wanita itu , tetapkan hati , mohon pada Allah , mintak petunjuk , mintak izin daripada keluarga perempuan itu . Aku cukup tak berkenan dengan majoriti status perhubungan remaja zaman sekarang . Tak ramai lelaki yang sanggup berjumpa dengan ibubapa perempuan yang menjadi idamannya , mahupun sahabatnya . Walaupun hanya sekadar sahabat , masih lagi , perempuan itu dibawah tanggungan ibubapanya . Makanya , kalaupun hendak berkawan , masih lagi perlu untuk meminta izin daripada walinya . Apatah lagi kalau untuk dijadikan bidadari hati . Err , maksud aku , isteri laa . Ehem . Sebenarnya , hikayat yang aku hendak kongsikan dengan korang , bukanlah sebegini ayatnya . Tapi tak mengapa , serba sedikit , sampai jugak maksud . Ada juga perkaitan .


Kalau BENAR CINTA , mustahil , kita akan ajak orang yang kita cinta melakukan dosa .
Sebab kalau BENAR CINTA , mesti kita hendak bersama sampai ke Syurga-Nya .
Tapi , sejauh mana , perasaan BENAR CINTA ini diaplikasikan dalam perhubungan lelaki perempuan masa sekarang ? Wallahu'alam . Renungkanlah .

Kalau berbicara tentang hati kucar-kacir , pastilah perkara pertama yang terlintas di pemikiran masing-masing , adalah mengenai perasaan terhadap seseorang . Kita manusia ini , selalu mudah leka , membiarkan hati kita kucar-kacir dengan 'jatuh' kepada orang lain . Aku pon , tak lari daripada 'jatuh' kepada seseorang juga . Cuma , aku berharap , 'jatuh' aku kali ini , sehingga hati menjadi kucar-kacir , akan berhenti setakat ini sahajaa . Kalau ajaa , 'si dia' yang tidak sedikit pon tau mengenai 'soal' ini merupakan jodoh aku , makanya , aku sangat bersyukur , Ya Allah . Jika bukan , hentikanlah , jauhkan laa perasaan hati kucar-kacir ini daripada selalu mengingatinya . Dan , letakkan perasaan hati kucar-kacir ini kepada 'si dia' yang sepatutnya yakni jodohku yang sebetulnya .


hanya sekadar gambar semata-mata , walaupun , hati aku selalu terdetik untuk melengkapkan penutupan auratku seperti itu , insyaAllah .

Aku ini , bukanlah seseorang yang dalam hati ada taman sentiasa , bukan juga seseorang yang berhati batu . Cuma , aku dikurniakan , sedikit ilham untuk bercerita tentang pelbagai hikayat aku kepada mereka diluar sana . Hikayat aku , bukanlah seperti hikayat seribu satu malam . Hikayat aku ini , tercipta , hasil daripada pembacaan mahupun pemerhatian terhadap sekeliling aku . Kerana , aku ini , hanyalah seorang pencerita dan pemerhati semata-mata .

Sekian ajaaa , untuk detik ini ^^

Monday, May 28, 2012

~PDO 2012~

Assalamualaikum dear bloggers ,

HAHA . Ini , adalah kali ke-empat aku update blog untuk hari ni . WOW . Rajinnya dia *sindir diri sendiri* HAHA . Well , entry kali nii , bukanlah untuk bercerita apa-apa . Cuma nak tunjuk gambar-gambar time PDO jaa . Kalau rajin , barulah aku bukak hikayat ehh ;p

 time training . kena partner debate dengan mont (fahmy) kot . tengah bincang fakta untuk debate ;p

 picnic kat padang hari ahad ^^ untung ajaa tak kena lari padang before makan nii . sebab before makan nii , sir train kitorang cara bercakap , mengingat , etc .
 yeayyy !! untuk kami , abes dah debate . even tak dapat masuk final , still , dapat banyak pengalaman . legaa betul dah abes ^^

 sambut birthday sir : ) even lambat sikit , tapi still , kami sambut jugak tau sir . hehe

dinner malam final ^^

 ini muiz ^^ anak cikgu kat rumah anak-anak yatim tu . muiz neomu kwiyeowooo ;D

lepaskan penat and tension time maen bowling kat Summit ;p

Sebetulnya , banyak lagi , moments dan gambar yang aku nak kongsi bersama , tapi , nak buat camne , aku tak bawak camera time PDO haritu , and aku tak reti nak cerita sangat apa yang berlaku . Overall , PDO 2012 nii , memang banyak kasi manfaat kat aku . Dan aku gembira untuk itu . Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ^^

Sekian ajaaa . Dah penat dah taip . Hihi ;p

UiTM Penang Debate Club , neomu DAEBAKK !!

Assalamualaikum dear bloggers ,

Masing-masing ada minat yang tersendiri , kan ? Aku pon . Salah satunya , berdebat . Ohh kejap . Jangan buat muka . HAHA . Sebab , bukannya maksud aku cakap minat aku berdebat tu , aku yang berdebat . Tettt . NOPE . Aku suka tengok orang berdebat . Bagi aku , debaters nii , sama ada BI ataupun BM , they're sooo awesome . Sebab apa ? Sebabnya , dorang berani mengeluarkan suara depan orang ramai . Dengan yakin bercakap apa yang mereka percaya dengan lantangnya kepada semua . Dan tak takut dengan side effect atau lebih senang nak paham , buah mulut orang . Kita manusia nii , mana-mana pergi pon , still , mesti akan ada orang yang bercakap , sama ada memuji ataupun mengata . Itu lumrah hidup . Dan disebabkan itulah aku masuk kelab debat UiTM Penang ^^ Well , tunggu kejap , bukan itu ajaa sebabnya . Aku ada alasan yang lain . Untuk pengetahuan , akak aku yang sulung pon , seorang debater jugak . Debater untuk USIM pada waktu dia belajar . Aku kagum dengan akak aku . Walaupun aku tak pernah cakap dengan dia , puji dia tu hebat , dan aku pon taklah cakap kat orang lain betapa kagumnya aku dengan dia , kagumnya aku dengan keluarga aku terutamanya abah aku . But still , jauh kat dalam hati nii , aku nak sangat jadi macam akak aku . Walaupun dia sibuk , ke sana ke sini , tapi still , dia berjaya untuk berjaya dalam pelajaran . Dalam dia berdebat , dia jugak wakil sukan , dia jugak jpk kolej *garu kepala* , dan dia jugak salah seorang DL - Dean List . Lihat , aku bukanlah sekadar berkata-kata kosong . Aku punya sebab yang kukuh untuk mengagumi akak aku . Okay , dah jauh dari topik . Hmm , makanya , disebabkan alasan-alasan di atas , aku pon , dengan bersemangatnya mendaftar masuk kelab debat . YEAYYY !! Hihi .


But , well , seperti biasalah , kalau dah namanya semangat itu , kadang-kadang jatuh menjunam , kadang-kadang naik mendadak . Dan , semangat aku itu tidak lah kemana . Kerana , hanya pada awalnya ajaa aku rajin datang training untuk debat , waktu sem 1 dulu . Lepas tu , debat entah ke mana , aku entah ke mana . HAHA . Naik sem 2 , masih macam dulu , daftar jugak kelab debat , tapi jarang datang training . First sekali , sebab takut tergagap time berdebat , even time tu hanya training . Secondly , takut , sir akan marah , sebab dahlah jarang datang training , then , datang , prestasi macam hape (imaginasi aku) . Tapi ,aku still takut and cuak , setiap kali harus datang jumpa dorang , dan  syaimaa , one of debater BI , selalu naikkan balik semangat aku , selalu yakinkan aku , budak-budak dalam kelab debat tu , dorang semua , okay , sporting , happening , etc . Sem 2 , ada banyak perubahan . Aku pergi tonton Perlawanan Akhir Debat Diraja kat USM dengan dorang . Dan , time cuti sem , aku join PDO 2012 - Penang Debate Open . PDO sangatlah best , sangatlah banyak beri kesan kat diri aku . Mana taknya kalau sampai sekarang aku still teringat segala memori time PDO tu . Aku ingat lagi , time training untuk debat style British Parliment , time masing-masing sibuk nak uruskan PDO , time berdebat (first time debat yang sebetulnya kat universiti) , dan banyak lagi laa . Ohh , tak lupa jugak , time kitorang hang out , pergi lepaskan penat lelah , lepas abes ajaa PDO tu . I really miss that moment . Chait . Aku emosi sikit malam ni .



waktu ni , baru jaa abes debate untuk hari kedua . lega gilaa time ni ^^





time kat tempat bowling kat Summit ^^

Time PDO nii laa , aku dapat rapat sikit dengan dorang , dapat kenal dorang dengan lebih mendalam . Dan dapat aku simpulkan yang apa syaimaaa cakap selama ni tentang kelab debat sangatlah betul . Kalau ajaa mereka ni tahu , yang aku sangat hargai apa yang mereka buat kat aku *terharu* Dorang jaga aku sepanjang tu , pastu ajar aku camne nak berdebat dengan baik (selain daripada sir ajar) , bantu aku untuk hilangkan kekok aku time syaimaa takde kat samping aku untuk bercakap dengan dorang bagi pihak aku , kongsi cerita dengan aku . Semua tu , buat aku rasa macam aku betul-betul sebahagian daripada keluarga kecil kelab debat UiTM Penang nii *lap air mata* Selalunya , aku akan lupa dengan perkara-perkara yang tak berapa nak penting dalam hidup aku . Tapi , sampai saat nii , aku still ingat semua tentang PDO , semua tentang kelab debat UiTM Penang . Mungkin ajaa , sebab ada 'orang' yang buat aku ingat *tekup muka kat meja* Mungkin , sebab aku betul-betul enjoy dan happy time PDO tu berjalan . Dan mungkin juga , Kelab Debat UiTM Penang berserta ahli-ahli dalamnya , dah jadi salah satu perkara penting dalam hidup aku sekarang ni . Ehem . Mungkin juga kan . Guys , thanks for being a nice accompany when I'm there in PDO . Neomu neomu gomawoyooo ^^


Sekian , untuk malam ini , HAHA . 


Wednesday, February 8, 2012

Tangisan di pagi hari..

Assalamualaikum dear bloggers ,

Malam tadi , aku memang tak dapat tido . Kalih kiri , kalih kanan , try imagine anything , tapi still tak boleh tido . And I decide to open up facebook balik , read up some news , so that I can get sleepy . Seriously , jealous tengok Che'Pa kat katil sebelah ni haa tido nyenyak . I wish I was her yang sedang tido sambil tersenyum tu . And when I read my friends post at facebook , tiba-tiba terdetik kat hati nak scroll down post yang family aku tulis . And I see my beloved abah punye post . Entry yang ade kat blog my dad , he share it at facebook . And the stories begin . Tajuk entry tu 'Pesanan buat anak-anakku' . Baca je tajuk tu , my heart feels semacam . And I dont really like when I feel this 'semacam' feeling . Ape yang abah tulis , really makes me cry . A fact , I cry a lots when read that post . Menangis yang non-stop . I cant stop my sad feeling from being exposed when I read that pesanan yang abah pesan dalam blog . Really makes me 'muhasabah diri' for what did I actually do for my own life , for my own family , and for my own 'masyarakat sekeliling' including you , yang tengah bace post ni . Yeah , both of my parents still alive , and I'm sooo bersyukur for that . Seriously I cant think what would I will do if I lose them . They're the MOST important people in my life yang aku paling sayang after Allah and Rasulullah S.A.W . And aku sanggup gadaikan nyawa aku untuk dorang . Seriously aku tak tipu . If my parents can say that yang dorang will do anything including sanggup hilang nyawa demi nak buat anak-anak mereka termasuk aku bahagia . And I'm proudly said that aku pon sanggup hilang nyawa demi mak abah yang aku sangat sayangi . Yes , I'll do it ! Aku menangis teresak-esak , taktau what to do . Rasa macam nak terbang balik ke Puncak Alam , so that I can hugs and say my love to both of them . I really do LOVE MY PARENTS ! But its only a wish right . Facts yang aku ade kelas hari ni dan esok , hari jumaat yang merupakan hari yang tade kuliah , tiba-tiba lecturer nak buat kelas ganti , hari sabtu ahad , ade LDK for budak kej.letrik and hotels at this campus buat aku rase macam nak lelah tiba-tiba . When I said for myself to calm down and wipe out my sad tears , I know its not gonna be work . And it makes me decide to pergi ambik Whudhuk and do Solat Sunat Hajat and recite surah Yaasin in AlQuran , so that I can be a bit okay then . Yeah , I'm a bit more okay after that , but , when I'm here suara mak abah on phone time azan suboh kejap tadi really make my tears come back . Now , rasa okay sikit . Aku tak malu nak teriak kat the whole world yang AKU BANGGA JADI ANAK ABAH DAN MAK ! I'M PROUD TO BE ONE OF YOUR DAUGHTER ! Even though I'm not mendengar kata sangat , but still I know yang both of mak abah do proud of me and my siblings . MAK , ABAH , orang SAYANG SANGAT kat both of you . And I'm promise that I'll never let your both down . I'll finished up my studies here , and make mak abah become more proud of me . Ameen , InsyaAllah . Hope that I can fulfill that words promises .

Popular Posts